
Usahawan dan pempengaruh sensasi, Cik Epal memaklumkan tidak pernah culas untuk membayar cukai walaupun menerima bayaran yang tinggi.
Berniaga dari dahulu

Cik Epal atau nama sebenarnya Murni Mahmud berkata, dia tidak bimbang andai didatangi oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Menurut Cik Epal, pembayaran cukai adalah satu tanggungjawab yang perlu dilakukan malah dia telah melaksanakannya sejak mula menceburi bidang perniagaan lagi.
Saya dari dulu lagi menjalankan perniagaan. Jadi, saya memang akan bayar cukai, sama ada cukai persendirian mahupun cukai bisnes.
Harga tinggi

Justeru itu, Cik Epal terbuka dan berani mendedahkan caj yang dikenakan untuk mempromosikan produk di media sosial.
Jadi tak ada masalah untuk saya dedahkan jumlah bayaran yang saya terima sebab saya tak pernah culas untuk membayar cukai.
Terdahulu, tular di media sosial berkenaan bayaran yang dikenakan Cik Epal didakwa terlalu tinggi untuk perkhidmatan ulasan produk.
Bagaimanapun, Cik Epal menegaskan dia seorang yang sangat serius dan tahu mengenai keupayaan dirinya apabila melibatkan soal perniagaan.
Untuk info, Cik Epal sebelum ini menetapkan harga RM30,000 untuk hantaran di Instagram Feed manakala di Instagram Story pula bernilai RM20,000.
Bagi sesi siaran langsung di TikTok berharga RM50,000 untuk dua jam dan RM100,000 untuk empat jam.





