Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir individu yang gemar mempamerkan gaya hidup mewah di media sosial, namun tidak bertanggungjawab dalam melunaskan hutang mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Raudhah Merajuk, Aliff Syukri Ajak Pergi Butik Beli Beg Prada – ‘Asyik Kakak Qadeejah Dapat’
Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Dedah Kos Tukar Langsir Cecah RM800 Ribu, Cat Rumah Hampir Setengah Juta – ‘Saya Bergelut Cari Duit’
Hutang lupa bayar

Menerusi satu hantaran di Threads, Aliff Syukri, 38, secara terbuka menyuarakan pandangannya mengenai sikap segelintir individu yang berlagak kaya, namun seakan-akan lupa apabila diminta membayar semula hutang.
Saya benci orang suka acah-acah kaya, tapi hakikatnya kuat berhutang dan tak tahu nak bayar.
Di media sosial, bukan main lagi update nampak mewah, bercuti ke luar negara, siap pergi umrah.
Tapi bila bab hutang, terus buat-buat lupa.
Dianggap sebagai pengemis

Ujar Aliff lagi, dia juga kesal apabila individu yang berhutang sukar untuk menjelaskan pinjaman mereka sehingga terpaksa meminta seperti mengemis.
Bila kita minta duit sendiri, tiba-tiba kita pula yang dianggap macam pengemis.
Ada siapa-siapa pernah jumpa kawan macam Ini?
Siapa makan cili, dia lah yang terasa pedas.
Sumber: Threads
The post ‘Saya Benci Orang Acah Kaya, Tapi Hakikatnya Berhutang & Tak Reti Nak Bayar’ – Aliff Syukri first appeared on OHBULAN!.





