31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, July 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Saya Belum Bertudung Sepenuhnya, Masih Belajar Jadi Lebih Baik Dari Segi Rohani & Emosi’ – Isteri Fikry Ibrahim

    Shopee Sale

    Isteri kepada pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim iaitu Khalizah Alihan memaklumkan dalam usaha menjadi individu yang lebih baik.

    Artikel Berkaitan: Fikry Ibrahim Tak Tahu Isteri Fail Cerai, Peguam Kata Dah Maklumkan

    Artikel Berkaitan: Fikry Ibrahim Main Saham, Jana Pendapatan Sampingan

    Belum bertudung sepenuhnya

    Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Khalizah atau nama penuhnya Siti Khalizah Alihan menjelaskan tentang penampilannya yang dilihat tidak mengenakan hijab dengan sempurna.

    Saya ingin mengambil momen ini untuk jelaskan sesuatu dari hati.

    Saya tahu ada yang perasan saya tidak berhijab sepenuhnya.

    Perkara ini adalah sangat peribadi buat saya. Saya masih dalam perjalanan untuk belajar, berkembang untuk menjadi lebih baik dari segi rohani dan emosi.

    Dalam pada itu, Khalizah memohon doa dari orang ramai agar usahanya untuk menjadi lebih baik dipermudahkan.

    MENARIK:  [VIDEO] Beg Berisi Wang Hilang Semasa Kemalangan, Azlan Komeng Mohon Pulangkan – ‘Kami Tak Sedar Duit Hasil Perniagaan Tercampak Ke Mana’

    Sekadar info, pasangan itu selamat bernikah pada 12 Januari lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Kedah dan ini merupakan perkahwinan kedua untuk Siti Khalizah.

    Bagaimanapun, wargamaya dikejutkan dengan Siti Khalizah yang memfailkan cerai terhadap Fikry pada Mei lalu iaitu empat bulan selepas mereka sah bergelar suami isteri dengan alasan tiada lagi persefahaman dalam rumah tangga.

    Namun demikian, Fikry memaklumkan bahawa segala yang terjadi adalah salah faham dan telah diselesaikan dengan baik.

    Sumber: TikTok @khalizah_alihan

    The post ‘Saya Belum Bertudung Sepenuhnya, Masih Belajar Jadi Lebih Baik Dari Segi Rohani & Emosi’ – Isteri Fikry Ibrahim first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah