26.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    All Star Championship 2025 Pertaruh 12 Pertarungan, Hadiah RM270,000 Jadi Rebutan

    Shopee Sale

    All Star Championship 2025 bukan sekadar mempertontonkan aksi sengit, tetapi turut menyerlahkan peranan sukan sebagai pemangkin pelancongan dan pemacu transformasi digital.

    Artikel Berkaitan: Fareez Fauzi Kurang Terima Tawaran, Nekad Sertai Sukan Tinju – ‘Asal Halal, Saya Sanggup’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mulut Saja Lebih Tapi Penakut’ – Harris Alif Dedah Pasangan Lawan Tarik Diri

    All Star Championship 2025

    All Star Championship 2025 tampil sebagai gelanggang sukan tempur moden yang menggabungkan elemen sukan dan digital, apabila 12 perlawanan tinju pada Ahad lalu menyajikan kejutan, drama serta sokongan luar biasa daripada para peminat.

    24 peserta berentap di pusingan pertama, namun dua perlawanan dibatalkan kerana kecederaan dan seorang hadir lewat.

    Menurut penganjur, Dato’ Abd Rahman Soltan, All Star Championship 2025 menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM270,000, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara platform tinju tempatan paling berprestij dan bernilai tinggi.

    Ujarnya lanjut, edisi sulung ini bertujuan memartabatkan tinju ke tahap profesional sambil mempromosikan Malaysia sebagai destinasi sukan dan pelancongan.

    Alhamdulillah, saya sangat berpuas hati dengan pusingan pertama semalam. Kehadiran penonton memang luar biasa, membuktikan minat masyarakat terhadap sukan tinju semakin meningkat. Dari segi penganjuran, semuanya berjalan lancar.

    Ada peserta underdog yang membuktikan kemampuan mereka, manakala peserta pilihan pula tewas kerana mungkin strategi atau latihan yang kurang. Ini menunjukkan All Star Championship benar-benar kompetitif.

    Secara tidak langsung, All Star Championship mempromosikan pelancongan domestik apabila mereka hadir ke Kuala Lumpur dan Selangor, seterusnya menghasilkan kandungan digital yang menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 dengan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).

    Dalam pada itu, Dato’ Abd Rahman berharap pusingan seterusnya lebih sengit dengan tahap disiplin peserta yang lebih mantap bagi melahirkan jaguh tinju baharu yang mampu mengharumkan nama Malaysia.

    MENARIK:  ‘Tak Salah Orang Bukan Islam Nak Cuba Puasa, Asalkan Tidak Langgar Akidah’ – Mekyun

    Pusingan seterusnya All Star Championship 2025 akan berlangsung pada 4 Oktober, dengan final pada 18 Oktober yang dijangka menjadi kemuncak penuh aksi dan kejutan. Untuk info lanjut, ikuti media sosial rasmi atau hubungi penganjur.

    Antara sorotan utama:

    • Anak kepada pelakon Fauzi Nawawi dan Lisdawati iaitu Fareez Fauzi yang dianggap peserta underdog, berjaya menumbangkan lawannya, Sonic, sekali gus membuktikan bahawa semangat dan strategi mampu mengatasi jangkaan.
    • Pelakon Harris Aliff pula tewas kepada Izat dalam pertarungan sengit yang mencuri perhatian ramai.
    • Pempengaruh media sosial Amir Harris mencatat kemenangan bergaya apabila menewaskan Syahmi hanya dalam tempoh satu minit.

    The post All Star Championship 2025 Pertaruh 12 Pertarungan, Hadiah RM270,000 Jadi Rebutan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah