28.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 15, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    ‘Kita Cuba Lagi, Mana Tahu Kali Ini Baik Hingga Akhir Hayat’ – Tom Percaya Peluang Kedua Dalam Perkahwinan

    Shopee Sale

    Penyanyi, Tom percaya pada peluang kedua dalam usaha menyelamatkan rumah tangganya bersama suami, Fuad Rahman.

    Artikel Berkaitan: Fuad Rahman ‘Upload’ Momen Mesra Dengan Tom, Bukti Kasih Sayang Masih Utuh – ‘Ini Untuk Anggun’

    Peluang kedua

    Menerusi hantaran di Instagram, Tom atau nama sebenarnya Raja Farah Afzal Raja Ikram, 37, berkata setiap perkahwinan pasti melalui fasa ujian, khususnya pada awal tahun berumah tangga.

    Tiga tahun pertama perkahwinan orang cakap memang banyak perkara yang akan berlaku. Enam bulan kita hadap keadaan rumah tangga kita hampir musnah.

    Hujung-hujung tunggu masa sahaja, tetapi Allah yang tentukan semuanya. Tidak apa, kita cuba lagi, mana tahu kali ini akan baik sehingga akhir hayat.

    Dalam perkongsian sama, Tom turut memuat naik foto memaparkan dia dan suaminya berpelukan, lantas memberi gambaran hubungan mereka kini kembali jernih.

    MENARIK:  Penyampai Radio Sarawak Suka Cabar Diri – ‘Minat & Bakat Harus Digilap Tanpa Mengira Cabaran’

    Pada masa sama, penyanyi itu menegaskan bahawa peluang kedua bukan bermaksud melupakan apa yang telah berlaku, sebaliknya sebagai ruang untuk memperbaiki diri dan hubungan.

    Peluang kedua bukan tentang melupakan yang lalu, tetapi mengajar kita untuk ambil pengajaran. Kita cuba lagi Mohamed Fuad Rahman.

    Sebelum ini, rumah tangga pasangan berkenaan pernah menjadi perhatian apabila didakwa bergolak susulan tindakan mereka saling berbalas kenyataan di media sosial sehingga membuka aib masing-masing.

    Bagaimanapun, selang beberapa minggu, pasangan itu dilapiorkan sudah kembali berbaik dan menjernihkan polemik yang berlaku demi anak-anak mereka.

    Sumber: Instagram

    The post ‘Kita Cuba Lagi, Mana Tahu Kali Ini Baik Hingga Akhir Hayat’ – Tom Percaya Peluang Kedua Dalam Perkahwinan first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah