
Pempengaruh dan usahawan berjaya, Sasha Abdul Aziz memaklumkan dirinya akan mengganti dan membayar fidyah kerana tidak dapat berpuasa pada tahun ini.
Tak dapat berpuasa sebab hamil
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Sasha menjelaskan bahawa dia memilih untuk tidak berpuasa kerana sedang hamil anak ketiga.
Lain macam ya puasa pertama suamiku tapi Alhamdulillah dah tahun keenam sejak suami peluk Islam, dia akan cuba puasa penuh setiap tahun.
Cuma tahun ini Mummy Sha (panggilan Sasha) tak dapat teman sebab saya tengah mengandung risau apa-apa terjadi pada bayi dalam perut.
Apa-apa pun, salam Ramadan semua.
Akan ganti dan bayar fidyah

Pastinya, perkongsian Sasha itu menimbulkan pertanyaan dalam kalangan netizen yang bertanyakan soal ganti puasa terhadapnya.
Menjawab kepada soalan ramai, Sasha menjelaskan bahawa sudah tentu dia akan mengganti serta membayar fidyah bagi ibadah puasa yang ditinggalkan.
(Saya) kena ganti dan bayar fidyah. Kenapa susah ke nak ganti puasa? Ganti saja lah.
Jujur saya cakap, saya risau (akan kandungan). Anak dalam perut akan menendang setiap kali selepas makan jadi saya risau dia tak menendang kalau saya tak makan.
Jadi saya pilih untuk ganti puasa dan bayar fidyah tapi kalau kalian mampu, teruskan.
Pada Februari lalu, Sasha mengumumkan dirinya sedang hamil anak ketiga selepas mengalami keguguran.
Untuk rekod, Sasha mendirikan rumah tangga bersama suaminya pada tahun 2019 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Isabella Liu dan Rose Liu.





