Pelakon, Datuk Remy Ishak mengimbas kembali fasa sukar dalam hidupnya sebelum pandemik COVID-19 apabila pernah bekerja sebagai pemandu e-hailing, Uber, demi meneruskan kelangsungan hidup.
Artikel Berkaitan: ‘Tiada Apa Yang Serius, Kalau Buat Filem Aksi.. Kecederaan Kecil Itu Normal’ – Remy Ishak
Artikel Berkaitan: Foto Budak Lelaki Tunggu Ibu Bapa Luar Pintu Mahkamah Dapat Perhatian Remy Ishak – ‘Semoga Anak Ini Berjaya Dunia Akhirat’
Bawa uber premium
Menerusi sebuah podcast bersama Studio Sembang, Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 44, mendedahkan bahawa ketika itu dia berdepan fasa sukar selepas menolak beberapa tawaran kerja yang diterima dengan alasan mahu berehat.
Tambahnya lagi, pengalaman tersebut menjadi titik perubahan dalam hidupnya apabila dia mula menyedari bahawa setiap peluang yang hadir tidak wajar dipandang ringan.
Sebelum zaman pandemik, saya struggle, nama saya Remy Ishak, tapi saya bawa Uber.
Sebab masa itu, bila rezeki sampai, saya tolak, dengan alasan nak rehat.
Selepas itu nama saya terus senyap.
Tak ada orang kenal saya masa itu sebab saya bawa Uber premium.
Selepas tu, saya dah tak nak tolak tawaran yang datang.
Dalam pada itu, aktor drama ‘Sumpah Ibuku’ kini mengambil pendekatan untuk menerima setiap tawaran yang hadir.
Bila rezeki sampai, saya akan bincang dengan manager saya.
Betul, orang cakap, rezeki jangan ditolak.
Sumber: TikTok
The post [VIDEO] ‘Pernah Bawa Uber, Orang Tak Kenal Sebab Saya Bawa Premium’ – Remy Ishak first appeared on OHBULAN!.



korang dah layan episode Datuk @Remy Ishak ke belum guys? boleh cari kat @YouTube @Spotify @Apple Podcasts tau! #jomsembang #studiosembang 

