29.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 24, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    PAS parti mullah? Percayalah pada prosesnya, kata Syahir

    Shopee Sale

    Percayalah kepada prosesnya – kata seorang ahli parlimen yang juga individu dekat dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

    Kelihatan mengeluarkan kenyataan dengan berhati-hati dan mengelak daripada menghangatkan lagi suasana, Syahir Sulaiman berkata saranan untuk “mengkaji semula” sesuatu yang sedang berlangsung adalah perkara biasa.

    Katanya, langkah itu samalah seperti kerajaan mengkaji semula belanjawan negara atau sesuatu rancangan yang sudah ditetapkan.

    Setiausaha Politik Abdul Hadi itu menjelaskan saranan agar sesuatu kerjasama dikaji semula bertujuan untuk melihat semua aspek berkaitan sama ada ia berada dalam keadaan positif atau negatif.

    Tempoh itu, tambah Syahir, membuka ruang untuk pihak yang berkenaan merenung kembali apa yang ada serta berunding bagi memperbaiki keadaan – sama ada ia perlu ditambah, ditolak, dikekalkan atau diganti.

    “PAS parti mullah, diktator?

    “PAS mengamalkan syura dan musyawarah, dengan al-Quran dan Sunnah sebagai sumber tertinggi,” katanya hari ini.

    Pagi tadi Malaysiakini menyiarkan laporan mengenai rasa kurang senang Bersatu – yang berkongsi wadah dengan PAS dalam PN – terhadap sikap berseteru ditunjukkan Abdul Hadi terkait hubungan semasa mereka.

    Pada Jumaat lalu Abdul Hadi menyatakan rasa kurang sabar PAS terhadap Bersatu berhubung beberapa isu termasuk jatuhnya Adun mereka dari jawatan Menteri Besar Perlis pada 25 Dis tahun lalu.

    PAS sentiasa dikawal, terkawal

    Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang itu juga menyebut kegagalan PN menjatuhkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Aminuddin Harun, sebagai satu lagi sebab mengapa Bersatu tidak menunjukkan semangat setia kawan yang sepatutnya.

    MENARIK:  Polis Selangor tangguh lulus permit konsert

    Justeru Abdul Hadi berkata, PAS “akan mengajar” parti itu “satu per satu”.

    Bersatu pula memberitahu mereka memandang serius kenyataan dikeluarkan ahli politik yang menjadi presiden PAS paling lama itu dan membincangkannya dalam mesyuarat biro politik mereka.

    Seorang sumber Bersatu pula memberitahu Malaysiakini, PN tidak mengamalkan sistem pentadbiran “mullah” sebaliknya menyelesaikan sesuatu isu berbangkit secara konsensus.

    Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada kenyataan Abdul Hadi yang membuat kenyataan berhubung langkah PN di sebalik kedudukanya tidak memegang sebarang jawatan dalam kepimpinan tertinggi gabungan tersebut.

    Untuk rekod, PN kini diketuai Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar selaku pengerusi, manakala Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, sekadar timbalan pengerusi. Timbalan pengerusi yang lain ialah Presiden Gerakan, Dominic Lau; Presiden Parti Rakyat India Malaysia P Punithan; serta Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man.

    Syahir berkata PAS mempunyai mekanismen semak dan imbang di setiap peringkat tanpa pengecualian, termasuk melibatkan mursyidul am mereka, malah ke atas presiden sendiri.

    “Keputusan PAS dibuat secara kolektif, dari akar umbi hingga ke peringkat pusat dan majlis syura; bukan ditentukan dari Rusila.

    “Inilah yang menjadikan PAS sentiasa dikawal dan terkawal, insya-Allah. Trust the process,” katanya.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah