Pelakon dan pengacara iaitu Che Puan Sarimah dipuji kerana memiliki latar belakang pendidikan yang cemerlang dan kemahiran luar biasa yang kebanyakannya dicapai sebelum berkahwin.
Artikel Berkaitan: Sarimah Ibrahim Tak Pernah ‘Hilang’, Masih Aktif Dalam Industri Seni
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Gelaran Che Puan Tak Halang Sarimah Ibrahim Kembali Aktif Dalam Dunia Hiburan – ‘Kita Kena Ingat Asal Usul Kita’
Latar belakang pendidikan

Menerusi komen di Threads, Sarimah berkongsi beberapa pencapaian dan pensijilan yang dimiliki olehnya.
Mempunyai Ijazah dalam Psikologi, Diploma Pengajaran Bahasa Inggeris untuk Dewasa dan turut menambah ilmu dalam bidang seni lakon melalui Advanced Meisner Technique.
Ada sijil ICF Life Coach, HRDC Certified, latihan Pilates instructor, Advanced Rescue Scuba Diver serta pengalaman ekstrem sebagai skydiver bertauliah. Pemegang black belt Second Dan dalam Karate.
Dalam pada itu, Sarimah sempat berseloroh menyatakan dia memiliki pelbagai pensijilan dalam kemahiran tertentu namun memilih untuk tidak berkongsi lanjut.
Ada banyak lagi, tapi nampak macam eksyen pula.
Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya meluahkan rasa kagum dengan kehebatan Sarimah.
Netizen kagum


Sumber: Threads
The post Sarimah Ibrahim Kongsi Pencapaian Pendidikan Cemerlang, Netizen Kagum – ‘Beauty With Brain’ first appeared on OHBULAN!.





