
Setelah bersara daripada industri seni, pelakon Sarah Hildebrand dilihat semakin bahagia menjalani kehidupan harian bersama keluarga kecilnya di Amerika Syarikat.
Bakal timang cahaya mata pertama

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Sarah memuat naik beberapa foto perkembangan kehidupan hariannya.
Pada perkongsian itu, Sarah berkongsi ‘Anatomy Scan’ bayi dalam kandungannya yang dilihat semakin membesar.
Selain itu, warganet turut mendoakan agar Sarah diberikan kesihatan yang baik sehingga tiba hari menyambut kehadiran cahaya mata sulungnya.
Semuanya mekar.
Terdahulu, pemilik nama lengkap Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand menyatakan dia sudah bermigrasi ke Amerika Syarikat bagi memulakan kehidupan baru.
Selepas itu, Sarah membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan persaraanya daripada industri seni.
Setelah dua tahun berhijrah ke Amerika Syarikat, Sarah memuat naik beberapa foto berhijab bersama seorang lelaki ‘Mat Salleh’ yang merupakan suaminya.





