28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Konsert Barbarik Pentas Peluru Cokelat Bakal Gegarkan Zepp KL! Ada Elemen Kejutan Buat Penonton

    Shopee Sale



    Barbarik Pentas Peluru Cokelat

    Sempena kelahiran album sulung Peluru Cokelat pada 9 November tahun lalu, band Barbarik bakal muncul dengan konsert yang diberi nama Barbarik Pentas Peluru Cokelat yang dijadualkan berlangsung di Zepp, Kuala Lumpur pada 28 Jun 2025.

    Lagu album sendiri

    Barbarik Pentas Peluru Cokelat

    Meskipun band Barbarik yang dianggotai oleh Muss (vokalis), JoBranko (gitar), Rozaimi (bass) dan Ainol (dram) baru berusia tiga tahun, namun mereka telah sukses dengan empat buah konsert sebelum ini.

    Antaranya Barbarik Pentas Keras 1.0, Double Trouble 2: Search x Barbarik, Barbarik Pentas Keras 2.0 dan Barbarik Pentas Keras 3.0.

    Menurut wakilnya, JoBranko, konsert Barbarik Pentas Peluru Cokelat adalah buat julung kalinya band mereka akan mendendangkan barisan lagu daripada album sendiri.

    Jika sebelum ini kami mendendangkan lagu-lagu ketika Muss bersama Wings iaitu dalam enam buah album, tetapi kali ini ada buah tangan baharu yang menampilkan identiti band Barbarik itu sendiri.

    Setiap konsert pasti mempunyai perbezaan dan terdapat elemen kejutan pada pembukaan, pertengahan dan penutup konsert. Kami memberi jaminan kepada semua peminat, konsert ini bakal menguji andrenalin anda secara total dari mula hingga akhir.

    Konsert akan berlangsung selama dua jam dan kami akan mendendangkan sekitar 20 buah lagu, termasuk lagu lama dan juga lagu baharu.

    Apa yang boleh kami janjikan adalah sebuah persembahan yang membuatkan penonton tidak berganjak walau sedikit pun.

    Tiket dijual dengan harga RM150 (Cat 1: Free standing), RM380 (Cat 2: VVIP seating), RM280 (Cat 3: VIP seating) dan RM8,000 (VIP Box + Meet & greet) dan boleh didapati di

    MENARIK:  Pernah Bermasam Muka, MK K-Clique & Tuju Sudah Berbaik – ‘Saya Keluar Atas Pilihan Sendiri’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah