30.7 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sammy Simorangkir Bikin Peminat Larut Dalam Cinta & Kenangan Silam

    Shopee Sale

    Penyanyi Indonesia, Sammy Simorangkir membuktikan pesonanya sebagai penghibur sejati apabila berjaya menghidupkan malam penuh emosi menerusi konsert solo Sammy Simorangkir Live In KL Vol.1 yang berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, Sabtu lalu.

    Artikel Berkaitan: Sammy Simorangkir & Nadia Sudah Putus Cinta

    Malam penuh emosi

    Konsert yang bermula tepat jam 8.30 malam itu bukan sekadar sebuah persembahan muzik, sebaliknya sebuah perjalanan nostalgia yang mengimbau jatuh bangun karier seni Sammy, daripada era kegemilangannya bersama kumpulan Kerispatih sehinggalah melangkah sebagai penyanyi solo.

    Dalam ucapannya kepada peminat, Sammy atau nama sebenarnya Hendra Samuel Simorangkir, 43, tidak dapat menyembunyikan rasa syukur kerana masih diberi kepercayaan untuk berdiri megah di pentas besar Kuala Lumpur.

    Penyanyi itu turut mengakui perjalanan seni yang dilaluinya penuh dengan kenangan pahit dan manis yang membentuk dirinya sebagai seorang penghibur matang.

    Malam tersebut disifatkan Sammy sebagai ruang bercerita tentang masa lalu, di mana peminat dibawa menyelami kisah cinta, kehilangan dan harapan melalui lagu-lagu yang telah menjadi nadi kerjayanya.

    Malah, beberapa karya yang jarang didengarkan secara langsung turut dipersembahkan khas buat peminat di Malaysia.

    Night Blooming with Roses & Love

    Dengan tema Night Blooming with Roses & Love, konsert ini disusun secara naratif menerusi beberapa segmen utama yang membawa penonton menyelusuri emosi secara berperingkat.

    Persembahan dibuka dengan segmen Emotion melalui Overture & Title sebelum suasana romantis terus memuncak dengan lagu-lagu malar segar seperti Cinta Putih, Sedang Apa dan Di Mana serta Kaulah Segalanya yang dinyanyikan penuh penghayatan.

    MENARIK:  [VIDEO] #OBTryBendaBaru: Naqiu Bermain dengan Kotak Misteri, Netizen Terhibur dengan Reaksi Lucu 'Apo Gula-Gula' Barang Ketiga

    Segmen Hollow Visual pula menyentuh sisi rapuh jiwa Sammy menerusi Luka Yang Luas, Kau Harus Bahagia dan Tak Mampu Pergi, sebelum suasana menjadi lebih intim dalam Acoustic Segment melalui lagu Rela Kehilangan, Kesedihanku dan Lagu Rindu yang mengundang sorakan dan nyanyian bersama penonton.

    Sorotan utama konsert pastinya segmen Kerispatih: Tribute Legacy apabila Sammy mengubat rindu peminat dengan deretan lagu ikonik kumpulan tersebut seperti Demi Cinta, Tapi Bukan Aku, Mengenangmu dan Aku Harus Jujur, sekali gus mengembalikan memori era kegemilangan Kerispatih.

    Konsert kemudiannya ditutup dengan segmen Celebration menerusi lagu Dia, sebelum Sammy kembali ke pentas untuk encore istimewa apabila menyanyikan Bila Rasa Ku Ini Rasamu secara akapela bersama penonton, mencipta detik penutup yang cukup meruntun jiwa.

    Malam penuh emosi itu turut diserikan dengan persembahan penyanyi Mieska sebagai artis pembuka tirai yang mempersembahkan lagu Hilang Tanpa Bilang, Berat Rasanya dan Lintasan Yang Sama.

    Secara keseluruhan, Sammy Simorangkir Live In KL Vol.1 bukan sahaja berjaya mengubat rindu peminat, malah membuktikan Sammy masih relevan dan utuh sebagai penyanyi yang mampu menyentuh hati dengan kejujuran serta penghayatan luar biasa.

    The post Sammy Simorangkir Bikin Peminat Larut Dalam Cinta & Kenangan Silam first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah