29.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Nutrisi Ayam Kampung, Lebih Organik & Berkhasiat

    Shopee Sale

    Ayam merupakan antara sumber protein penting dalam diet harian kerana kandungan nutrisinya yang tinggi, rasa yang sedap serta mudah disediakan dalam pelbagai jenis hidangan.

    Artikel Berkaitan: Bantu Tingkatkan Kesuburan Lelaki & Wanita, Ini Antara Khasiat Madu Yang Ramai Tak Tahu

    Artikel Berkaitan: ‘Anggur Shine Muscat’ Cegah Sembelit, Bantu Kekalkan Keanjalan Kulit Wajah

    Penternakan organik

    Namun, di sebalik ayam yang menjadi makanan ruji dalam kalangan masyarakat, keistimewaan ayam kampung masih kurang diberi perhatian, walaupun khasiatnya jauh lebih tinggi berbanding ayam yang diternak secara komersial.

    Ayam kampung dipelihara dalam skala kecil dengan pendekatan penternakan yang lebih organik. Kaedah ini membolehkan ayam kampung bergerak bebas dan membesar secara semula jadi, sekaligus menjamin kualiti daging yang lebih pejal dan telur yang lebih sihat.

    Perbezaan utama antara ayam kampung dan ayam bandar terletak pada sumber pemakanannya.

    Ayam bandar lazimnya diberi dedak untuk mempercepatkan tumbesaran, manakala ayam kampung memperoleh nutrien daripada sumber semula jadi seperti bijirin dan hidupan kecil seperti cacing.

    Corak pemakanan ini menyumbang kepada kandungan nutrisi yang lebih seimbang serta menjadikan daging ayam kampung lebih berkualiti.

    MENARIK:  [VIDEO] Netizen Kurang Senang Cara Gus Miftah Layan Penjual Air Teh – ‘Ditarik & Ditepuk Belakang, Dia Bukan Budak-Budak’

    Mengandungi asid lemak omega-3

    Ayam kampung juga dikenali sebagai pengeluar telur yang berkhasiat dan kaya dengan nutrien. Walaupun pengeluarannya tidak tinggi, telur kampung tetap mendapat permintaan kerana kualitinya yang baik serta bermanfaat untuk kesihatan tubuh.

    Telur ayam kampung ini mengandungi lebih banyak asid lemak omega-3 yang membantu melindungi jantung, menstabilkan kolesterol dan mengawal tekanan darah.

    Ia juga kaya dengan vitamin A, vitamin E dan beta karotena yang menyokong kesihatan tubuh serta berpotensi meningkatkan tahap tenaga serta kecergasan lelaki.

    Selain itu, telur ayam kampung mempunyai kandungan kolesterol dan lemak tepu yang lebih rendah berbanding telur ayam bandar. Namun, kualiti dan nilai khasiatnya tetap bergantung kepada faktor dan kaedah penternakan yang dilakukan.

    Selain itu, daging ayam kampung mengandungi lemak yang lebih rendah dan bebas daripada penggunaan hormon pertumbuhan serta bahan kimia yang sering digunakan dalam penternakan komersial.

    Walaupun teksturnya sedikit kenyal, tetapi rasanya yang manis menjadikannya pilihan utama bagi mereka yang mementingkan pemakanan sihat.

    Sumber: e Central, Facebook Nuralis Agro

    The post Nutrisi Ayam Kampung, Lebih Organik & Berkhasiat first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah