
Pelakon, Saharul Ridzwan meluahkan rasa syukur kerana dapat membeli sebuah kereta yang lebih besar dan luas untuk keluarganya.
Beli kereta baharu
Menerusi video dimuat naik @rd_garage, dapat dilihat Saharul bersama isteri dan dua anaknya pergi ke sebuah galeri kereta untuk mengambil kereta baharu yang dibelinya.
Ujarnya, pembelian kereta tersebut merupakan rezeki daripada anak-anak.
Pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Hati Perempuan’ itu turut menitipkan ucapan terima kasih kepada jurujual yang banyak memudahkan urusan pembelian.
Alhamdulillah, Allah bagi rezeki.
Rezeki anak-anak.
Terima kasih juga kepada Ali (jurujual) yang memudahkan urusan pembelian.
Komen netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tertumpu ke arah nombor plat kenderaan Saharul yang dianggarkan mencecah ribuan ringgit.
Malah, netizen turut memuji tindakan Saharul yang begitu bijak mengatur kehidupan dan kewangannya bersama keluarga.
Terdahulu, Saharul mencuri perhatian apabila terpaksa menjual kereta Honda Jazz milik Deena yang merupakan hadiah bersempena ulang tahun perkahwinan keempat mereka pada tahun 2020.
Sebelum ini juga, aktor itu juga bertindak menjual beberapa aset miliknya seperti kereta Mercedes Benz dan kondomium yang terletak di Cyberjaya pada tahun lalu.
Untuk rekod, Saharul mendirikan rumah tangga dengan Deena pada 16 September 2016. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 8, Fateema Azzahra, 5 dan Khadijah Alkubra, 2.





