25.2 C
Kuala Lumpur
Monday, May 4, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Sahabat Dedah Hantaran 100% Idea Syed Saddiq, Tak Mahu Yang ‘Simple’ – ‘Mana Boleh, I Am Serious About It‘

    Shopee Sale

    Sahabat baik kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, iaitu Adam Mohd Muhayeddin mendedahkan hantaran pertunangan untuk Bella Astillah sebenarnya merupakan idea Saddiq sendiri.

    Artikel Berkaitan: Hantaran Syed Saddiq Bertemakan Masa Depan, Sedia Simpanan Tabung Haji & SSPN Untuk Kedua Anak

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Mencintai Bella Astillah Juga Kerana Kedua Anaknya Iaitu Ayden & Ara’ – Syed Saddiq

    Idea Saddiq

    Menerusi perkongsian di Threads, Adam berkongsi Saddiq menolak untuk memberi hantaran pertunangan yang biasa kepada Bella.

    Menurut Adam, Saddiq mahu menghargai Bella dengan memberikan hantaran yang lebih istimewa walaupun ia hanyalah majlis pertunangan.

    Berkenaan hantaran, 100 peratus idea Saddiq. Bukan idea kami.

    Masa perjumpaan pertama, dia tanya nak bagi apa, kami cakap hantaran biasa lah, biasa tunang ni simple je, kek, buah. Saddiq kata mana boleh. ‘I am serious about it‘.

    Sebelum ini, hantaran pertunangan Saddiq menyorot perhatian apabila diberikan dalam bentuk simpanan kewangan, iaitu Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Tabung Haji untuk Bella, serta dua akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kepada dua anak aktres itu.

    MENARIK:  Fazley Yaakob Persoal Isteri Buka Aib Rumah Tangga Di Media Sosial – ‘Bila Lelaki Luah, Ramai Betul Geng Dia Marah’

    Saddiq menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh aktres tersebut.

    Sementara itu, pihak Bella pula memberi hantaran berupa set pakaian, minyak wangi, makanan kucing dan beberapa barangan lain.

    Sumber: Threads

    The post Sahabat Dedah Hantaran 100% Idea Syed Saddiq, Tak Mahu Yang ‘Simple’ – ‘Mana Boleh, I Am Serious About It‘ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah