31.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 3, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Ryzal Ibrahim Kongsi Tips Ajar Anak Solat – ‘Bawa Pergi Masjid, Biasakan Mereka Lihat Ibadah Di Sana’

    Shopee Sale

    Selebriti media sosial dan usahawan, Ryzal Ibrahim memilih masjid sebagai salah satu inisiatif mengajar anak memahami konsep ibadah.

    Artikel Berkaitan: Ryzal Ibrahim Respon Cara Perbelanjaan Golongan B40 & T20 – ‘Rakyat Malaysia Kurang Pendedahan Tentang Kewangan’

    Artikel Berkaitan: ‘Isteri Saya Terima Waktu Pakai Jam Harga RM30 Sahaja’ – Ryzal Ibrahim Tekankan Jangan Pilih Pasangan Kerana Harta

    Ajar anak solat

    View on Threads

    Menerusi perkongsian di Threads, seorang individu menanyakan tips buat ibu bapa yang mengajar anak untuk menunaikan solat fardhu.

    Kepada ibu bapa yang mula-mula ajar anak solat, ada tips? Tolong kongsikan.

    Ciapan tersebut meraih perhatian Ryzal yang menyarankan agar ibu bapa membawa anak lelaki atau perempuan beribadah di masjid.

    Menurut Ryzal, kanak-kanak cenderung berkelakuan lebih baik di tempat baharu sekali gus memberi pendedahan kepada mereka tentang ibadah secara berjemaah.

    Pada ayah, bawa anak ke masjid. Lelaki atau perempuan, biasakan mereka lihat ibadah di masjid.

    Kalau solat di rumah, anak kacau, susah ikut dan bebas buat apa saja.

    Kalau di masjid, dia akan rasa kurang bebas sebab ramai jemaah. Tempat baru akan buat mereka behave sikit berbanding di rumah.

    Dalam pada itu, Ryzal menitipkan pesanan agar golongan ayah menguatkan bacaan ketika solat di rumah supaya fokus anak dapat dikekalkan.

    Bila solat di rumah, kuatkan bacaan. Sebutan dalam rukuk, sujud supaya fokus anak tak hilang.

    Budak cepat bosan bila sunyi. Lepas solat, peluk anak kalau dia ikut kita solat walau tak sempurna supaya dia rasa bangga.

    Sumber: Threads @ryzalibrhm

    MENARIK:  [VIDEO] Sajat Suruh Imran Bard Minta Maaf, Tidak Perlu Panjangkan Isu Dengan Ellie Suriaty – ‘Lepas Ini Guna Nama Mat Saleh’

    The post Ryzal Ibrahim Kongsi Tips Ajar Anak Solat – ‘Bawa Pergi Masjid, Biasakan Mereka Lihat Ibadah Di Sana’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah