Bulan Ogos dan September selalu hadir dengan rasa yang sukar digambarkan. Bendera mula berkibar di mana-mana dan dalam diam, jiwa kita juga ingin menyambut kemerdekaan dalam cara yang paling peribadi.
Bukan hanya dengan lagu patriotik atau perarakan megah tetapi dengan menjadikan hidup harian lebih selesa, teratur dan bermakna.
Tahun ini, Midea mengajak korang untuk Mai-Lah raikan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia, bukan sekadar mengibarkan bendera tetapi dengan satu langkah bijak iaitu naik taraf hidup dan rumah dengan produk yang pintar, bergaya dan mampu milik.
Midea bukan sekadar nama tapi dekat di hati rakyat Malaysia
Bukan sekadar jenama antarabangsa, Midea sudah bertapak di Malaysia lebih 15 tahun dan berjaya membina kepercayaan rakyat Malaysia dengan inovasi yang praktikal.
Dari ruang tamu ke dapur, dari bilik tidur ke bilik air, Midea ada pelbagai produk untuk mudahkan hidup korang.
Air-cond yang sejuk tapi jimat, mesin basuh yang buat kerja korang lebih mudah, dapur canggih yang tak perlu tunggu rumah kahwin dulu baru boleh guna, semua ada!

Apa yang buat Midea betul-betul dekat di hati rakyat? Produk Midea memang pintar, mudah diguna dan yang paling penting, harganya berpatutan dan mesra poket.
Kiranya, kalau korang tengah setting rumah baru atau nak tukar barang lama, Midea memang pilihan yang bijak.
Dalam semangat Merdeka dan Hari Malaysia tahun ni, Midea bawa satu tema yang cukup manis iaitu ‘Mai-lah Bersama, Jiwa Merdeka’.
Ia satu ajakan untuk kita raikan kemerdekaan dengan semangat kebersamaan di rumah bersama keluarga tersayang.
Masa terbaik untuk upgrade rumah tanpa beban
Kempen Merdeka Midea berlangsung dari 1 Ogos sampai 30 September 2025. Sepanjang tempoh ni, korang boleh jangkakan pelbagai tawaran hebat dan kombo eksklusif yang memang susah nak tolak.
Sama ada korang beli dari pengedar sah Midea atau secara online, Midea memberikan pengalaman membeli yang mudah dan berbaloi.

Yang bestnya, setiap pembelian produk terpilih memberikan korang peluang untuk tebus hadiah percuma.
Korang cuma perlu beli mana-mana model yang tersenarai dalam kempen ni, kemudian imbas kod QR atau terus isi borang penebusan di sini dan hadiah akan dihantar terus ke rumah.
Bayangkan, bila korang beli set mesin basuh dan pengering, korang berpeluang dapat floor washer bernilai lebih RM2,000 secara percuma.
Ada juga model yang datang bersama hadiah seperti air purifier, garment steamer, ketuhar gelombang mikro dan pembersih vakum moden.
Bukan hadiah sembarangan, semuanya barangan rumah yang memang membantu ringankan beban dan cantikkan ruang. Jadi bukan saja rumah makin selesa, poket pun masih selamat.
Hidup lebih tenang apabila rumah terjaga
Kadang-kadang, perubahan kecil di rumah boleh beri impak besar dalam hidup.
Bila suhu bilik sentiasa nyaman, bila dapur senang dikemas, bila pakaian tak lagi bertimbun kerana semua tu bukan sekadar memudahkan tetapi memberi ruang untuk kita fokus pada yang lebih penting dalam hidup.
Itulah yang Midea cuba bawakan dengan menawarkan solusi pintar yang mudah, tahan lama dan sesuai untuk gaya hidup rakyat Malaysia hari ini.

Tanpa perlu berbelanja besar, korang boleh mula cipta suasana rumah yang bukan saja cantik, tapi juga tenang dan membahagiakan.
Jangan tunggu sampai stok habis atau harga naik. Promosi Midea tengah berlangsung sekarang dan semua ganjaran hanya sah dalam tempoh terhad iaitu dari 1 Ogos sampai 30 September 2025.
Layari terus laman rasmi Midea untuk semak promosi terkini dan tebus hadiah menarik dengan klik di sini. Tunggu apa lagi?
The post Rumah Lebih Selesa, Hidup Lebih Merdeka! Ini Masa Untuk Korang Upgrade Tanpa Rasa Bersalah first appeared on OHBULAN!.





