Pelakon Ruhainies mengakui kontroversi yang pernah melanda dirinya sedikit sebanyak memberi kesan terhadap perjalanan kariernya sebagai anak seni.
Artikel Berkaitan: ‘Demi Reputasi Saya..’ – Ruhainies Pertahankan Diri, Saling Berbalah Dengan Sarah Yasmine Di Threads
Artikel Berkaitan: ‘Duit Ruhainies Memang Banyak, Tak Payah Sugar Daddy Bela’ – Risteena
Mahu dikenali sebagai anak seni

Ketika ditemui , Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 34, akui bersedia menerima segala kecaman terhadap wataknya sebagai ruang untuk memperbaiki mutu lakonan dalam projek akan datang.
Tambah Ruhainies, dia kini memilih untuk memberi sepenuh tumpuan terhadap karier serta masa depannya selepas kontroversi yang pernah memberi tempias terhadap reputasinya sebagai anak seni.
Drama ini tiada kaitan dengan realiti. Kalau orang kecam sebab karakter saya okay. Saya bersedia saja dikecam sebab saya pun akan kecam karakter yang saya bawa ini.
Kalau mereka kecam berdasarkan pendapat, saya akan ambil untuk baiki. Kalau dikecam sebab perkara yang tak sepatutnya, saya biarkan saja.
Kontroversi yang dulu semestinya memberi kesan pada kerjaya saya. Tapi perkara itu dah lama.
Saya rasa semua orang dah move on daripada kes itu. Saya hanya mahu fokus ke depan.
Ruhainies berkata demikian ketika ditemui di Balai Berita Bangsar, sebentar tadi.
Dalam pada itu, Ruhainies menegaskan setiap individu mempunyai ujian masing-masing malah berharap agar dirinya tidak lagi berdepan dengan perkara yang boleh menjejaskan nama baik serta kerjayanya.
Selain itu, pelakon berusia 34 tahun turut berharap orang ramai dapat menilai bakat dan hasil kerjanya secara adil tanpa mengaitkannya dengan kontroversi peribadi yang pernah dilaluinya.
Setiap orang akan ada ujian tersendiri. Sesiapa yang belum diuji, jangan rasa selamat selamanya.
Saya tak mahu fikir perkara yang lepas. Harap-harap tiada lagi ujian buat saya di masa depan, cukup lah sekali seumur hidup.
Orang kenal saya sebab saya pelakon, bukan daripada kontroversi. Jadi, kalau boleh saya nak orang percaya pada bakat saya.
Kenali saya sebagai anak seni. Jangan campur aduk dengan perkara peribadi.
Untuk perkembangan lain, Ruhainies turut membintangi drama Samarinda berjudul Wanita Yang Didusta bersama barisan pelakon hebat lain termasuk Redza Rosli, Zahiril Adzim dan Norreen Iman.
The post Ruhainies Mahu Dikenali Dengan Bakat Lakonan, Akui Kontroversi Beri Kesan Pada Karier – ‘Jangan Campur Aduk Dengan Isu Peribadi’ first appeared on OHBULAN!.





