31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    RR2026: Jwanjih Drama Sajikan Kandungan Eksklusif Sepanjang Ramadan & Raya Di TV3 & Tonton

    Shopee Sale

    Setiap kali tibanya Ramadan dan Syawal, TV3 kekal sebagai pilihan utama penonton di Malaysia dengan menyajikan drama-drama yang sarat emosi dan menyentuh jiwa.

    Artikel Berkaitan: Bukti Kehebatan Aktres TV Popular ABPBH 37! Emma Maembong Taruh Emosi Dalam ‘Santau Perempuan Terlarang’

    Artikel Berkaitan: Program Realiti Nyanyian TV3 Kembali Lagi! Nak Jadi Penyanyi? Jom Sertai Uji Bakat Sekarang

    Rangkaian drama pilihan

    TV3 membuktikan keunggulannya menerusi pelancaran ‘RR2026: Jwanjih Drama’ yang membuka tirai kempen Ramadan & Raya 2026 ‘Sama-Sama Berkat’ anjuran Media Prima.

    Pelancaran ini menandakan pengenalan drama serta kandungan eksklusif di TV3 dan Tonton sepanjang Ramadan dan musim perayaan, sekali gus mengukuhkan reputasi TV3 sebagai platform drama tempatan pilihan utama.

    Menariknya, menjelang 2026, TV3 dan Tonton terus menguasai musim Ramadan dan Syawal dengan rangkaian drama sarat emosi, konflik serta mesej kesedaran yang dekat dengan realiti kehidupan.

    Setiap karya disajikan kepada penonton adalah berdasarkan realiti kehidupan serta nilai kemanusiaan. Antara drama pilihan adalah Khianat Yang Terpilih di slot Akasia bersiaran mulai 26 Februari, Kerana Cinta Itu Dusta ditayangkan bermula 25 Februari di Samarinda, Bila Cinta Menjadi Dosa pula di slot Lestari pada 27 Februari serta naskhah eksklusif Tonton iaitu Anugerah Tanpa Cahaya yang bersiaran mulai 16 Mac.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Ayah Janji Akan Jaga Tuah Sampai Akhir Hujung Waktu’ – Remy Ishak

    Friends of Rara 2026

    Barisan drama Ramadan dan Raya 2026 menjadi lebih menarik dengan penglibatan pelakon terkenal yang digandingkan bersama bakat daripada pelbagai generasi, sekali gus mengukuhkan kedudukan TV3 dan Tonton sebagai peneraju utama kandungan drama sepanjang musim perayaan.

    Tema ‘Sama-Sama Berkat’ membawa maksud bahawa setiap kebaikan menjadi lebih bernilai apabila dilakukan bersama, manakala ‘Berkat’ melambangkan limpahan rezeki dan kebaikan yang bertambah apabila dikongsi.

    Media Prima turut memperkenalkan barisan ‘Friends of Rara 2026’, iaitu personaliti terkenal dan berpengaruh yang akan memeriahkan lagi inisiatif ini, antaranya, Tracie Sinidol, Jazmy Juma, Sharifah Rose, Zairi Aziz dan Ariana Yusof.

    Selain itu, personaliti Media Prima juga berperanan dalam menjayakan kempen ini, termasuk, Fiza Sabjahan dan Fedtri Yahya.

    Bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai kempen ini, makluman rasmi akan diumumkan melalui platform Media Prima, termasuk saluran media sosial rasmi di Facebook, Instagram, dan X menerusi akaun @TV3Malaysia serta @TontonMY.

    The post RR2026: Jwanjih Drama Sajikan Kandungan Eksklusif Sepanjang Ramadan & Raya Di TV3 & Tonton first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah