29.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rozita Che Wan Rasa Berat Nak Lepas Ammar, Bakal Terima Menantu Jun Tahun Depan

    Shopee Sale

    Pelakon jelita dan usahawan, Rozita Che Wan mengakui tidak mudah untuk melepaskan anak sulungnya, iaitu Ammar Effendy yang bakal melangkah ke fasa baharu selepas bertunang dengan cinta hatinya pada Sabtu lalu.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Sulung Rozita Che Wan Dipercayai Sudah Ikat Tali Pertunangan, Identiti Bakal Menantu Dirahsiakan

    Artikel Berkaitan: Che Ta Berdebar Nak Hantar Rombongan Merisik Anak Sulung Minggu Depan – ‘Wanita Yang Simple, Bapanya Duduk Luar Negara’

    Tidak mudah melepaskan anak

    Foto Ihsan: @aslvn

    Bagaimanapun, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan nama Che Ta berkata perkara itu tidak boleh dielakkan kerana ia adalah fitrah manusia untuk hidup berpasangan.

    Dalam pada itu, pelakon drama Kak Marr itu juga memaklumkan Ammar dan pasangannya akan disatukan pada 26 Jun tahun hadapan.

    Rasa macam baru semalam saya melahirkan dia (Ammar) selepas menempuhi hidup berumah tangga hingga bergelar ibu tunggal.

    Boleh kata, dia banyak melihat suka duka saya menjalani kehidupan.

    Menjadi anak sulung hingga bergelar abang kepada dua adiknya, dia umpama pelindung kepada saya dan anak.

    Insya-Allah, semoga segala yang dirancang akan dipermudahkan. Kami termasuk keluarga bakal besan pun sepakat untuk tidak membiarkan lama mereka dalam fasa pertunangan.

    Che Ta berkata demikian selepas selesai majlis pertunangan anaknya dengan wanita pilihannya iaitu Auni Ikhwan, 26, di Lantera Venue pada 25 Oktober lepas.

    MENARIK:  Kritikan Kempen Solat Subuh Tak Ikhlas, Alif Satar Bertegas - 'Kita Bukan Tuhan Untuk Menilai Orang Lain'

    Ambil tahu

    Kata Che Ta, dia juga memastikan persiapan pertunangan Ammar dan Auni berjalan lancar termasuk urusan pakaian, dulang dan lokasi majlis sambil menghormati cadangan keluarga masing-masing.

    Apabila ditanya tentang kemungkinan anaknya tinggal bersamanya selepas berkahwin, kakak Ayu Raudhah menjelaskan dia sentiasa bersikap terbuka mengenai hal itu.

    Masih terlalu awal untuk cakap hal itu. Tapi saya dan suami okay saja kalau Ammar dan Auni nak menetap sekali di rumah nanti selepas berkahwin.

    Kalau Ammar dan Auni okay, saya pun tidak keberatan. Bertambah meriahlah nanti rumah itu.

    Jujur saya terbuka hal ini. Lagipun Ammar dan Auni masih dalam fasa awal pekerjaan mereka. Tapi jika sebaliknya pun, saya hormati privasi mereka yang sudah bergelar suami isteri.

    Majlis bertemakan warna pastel itu dianjurkan secara sederhana dan ringkas dihadiri sekitar 500 orang tetamu terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat.

    The post Rozita Che Wan Rasa Berat Nak Lepas Ammar, Bakal Terima Menantu Jun Tahun Depan first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah