31.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 20, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Iman Tang ‘Seludup’ Malique Masuk Hospital Bahagia Demi Rakaman Lagu ‘Yang Tinggal’ Bersama Yasin Sulaiman

    Shopee Sale

    Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang berkongsi pengalaman ketika proses menghasilkan lagu Yang Tinggal bersama Yasin Sulaiman yang ketika itu sedang menjalani rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

    Rakaman lagu Yang Tinggal di hospital

    Ketika ditemui , Iman berkata antara cabaran terbesar adalah membawa penyanyi rap dan komposer, Malique masuk ke kawasan hospital untuk menjalani sesi rakaman bersama Yasin tanpa menarik perhatian orang sekeliling.

    Untuk bawa Malique masuk ke bilik itu memang kena ‘seludup’, macam buat projek rompakan. Tak ada siapa tahu.

    Yang penting dia masuk dengan selamat dan keluar pun selamat. Alhamdulillah, tak ada orang nampak dan tak ada siapa tahu. Bagi saya, itu satu pengalaman yang sangat bermakna.

    Berkongsi mengenai proses rakaman, Iman menjelaskan bahagian vokal Yasin dilakukan di sebuah bilik persidangan dengan menggunakan kemudahan yang disediakan pihak hospital.

    Bilik itu sebenarnya bukan studio. Kami gunakan conference room yang ada di situ, manakala kawasan di bawah pula adalah ruang untuk pesakit.

    Kami memang suka menghasilkan sesuatu yang belum pernah orang buat. Dengan kerjasama pihak hospital, kami cuba manfaatkan ruang yang tersedia.

    Dalam pada itu, Yasin meluahkan rasa syukur kerana dapat menyertai projek ini dan berpeluang bertemu semula dengan Malique selepas hampir 20 tahun tidak bersua muka.

    Selepas dihubungi oleh pihak Iman dan Icon Entertainment, saya dapat berhubung dengan Malique.

    Kebetulan pihak hospital memberikan saya kemudahan seperti komputer riba. Jadi, selepas sekian lama, kira-kira 20 tahun, akhirnya saya dapat bertemu dan bersembang dengan dia.

    Untuk rekod, Yang Tinggal merupakan kolaborasi Icon Records di bawah Icon Entertainment dan Sony Music Entertainment Malaysia.

    MENARIK:  Sengketa Sudah Berakhir, Fauziah Sarman Kongsi Foto Hadir Ke Majlis Akikah Anak Shila Amzah

    Karya ciptaan Malique dan Tripdisz yang turut menampilkan Zizi Kirana itu membawa tema kehilangan, pengorbanan, harapan serta nilai kemanusiaan.

    The post Iman Tang ‘Seludup’ Malique Masuk Hospital Bahagia Demi Rakaman Lagu ‘Yang Tinggal’ Bersama Yasin Sulaiman first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah