Pempengaruh media sosial Indonesia, Julia Prastini atau lebih mesra disapa Jule, ditahan pihak polis atas dakwaan penyalahgunaan vape yang mengandungi etomidate.
Jule ditahan polis, vape ada bahan terlarang

Memetik laporan Detik, Jule ditahan oleh Unit Siasatan Narkotik, Polresta Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, susulan penemuan beberapa katrij vape yang disyaki mengandungi bahan terlarang.
Menurut Ketua Bidang Perhubungan Awam Polda Metro Jaya, Kombes Budi Hermanto,, hasil siasatan mendapati terdapat satu pakej vape yang dihantar kepada Jule di sebuah apartmen di kawasan Cilandak, Jakarta Selatan.
Selepas pakej dibuka, petugas menemukan satu katrij vape yang diduga mengandungi etomidate.
Berdasarkan hasil siasatan dan jumlah barang bukti yang ditemukan, pihak polis memutuskan Jule sebagai pengguna dan bukannya pengedar. Susulan itu Jule akan menjalani penilaian sebelum ditempatkan dalam program pemulihan.
Keputusan tersebut dibuat selepas polis hanya menemukan empat katrij vape, termasuk satu yang masih mengandungi etomidat dan tiga lagi yang sudah digunakan.
Jule kemudiannya dibawa ke Polresta Bandara Soekarno-Hatta bagi menjalani pemeriksaan lanjut berhubung kes tersebut. Hasil ujian air kencing mendapati Jule positif mengambil etomidate.
Dalam pada itu, Jule mengaku telah menggunakan vape mengandungi etomidate selama kira-kira dua hingga tiga minggu atas faktor peribadi, termasuk ketika mengalami tekanan.
Sumber: News Detik, CNN Indonesia
The post Jule Ditahan Polis, Mengaku Ambil Vape Etomidate Sebab Stres first appeared on OHBULAN!.





