26.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rozita Che Wan Bersyukur Akaun Instagramnya Kembali – Usaha Ke SKMM Tidak Disia-siakan

    Shopee Sale



    Rozita Che Wan

    Dramatis popular, Rozita Che Wan meluahkan rasa syukur apabila berjaya mendapatkan kembali akaun Instagram miliknya yang digantung sejak beberapa bulan lalu.

    Dapat balik IG

    Rozita Che Wan

    Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG Story), Rozita atau mesra dengan sapaan Che Ta berkata usahanya naik turun pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak sia-sia.

    Alhamdulillah, syukur saya dapat semula IG. Terima kasih SKMM, terima kasih Fina yang bertungkus lumus bantu saya.

    Tak sia-sia naik turun pejabat SKMM. Terima kasih sangat-sangat.

    Terdahulu, Che Ta memaklumkan akaun Instagram miliknya yang menggunakan nama @rozitachewan1 telah digantung apabila dikatakan melakukan aktiviti agresif dan tidak mengikuti garis panduan komuniti ditetapkan sejak 15 September lalu.

    Malah, ibu kepada tiga cahaya mata itu juga berasa kecewa dan bingung apabila memikirkan mengenai aktiviti agresif yang didakwa dilakukannya menerusi media sosial tersebut.

    MENARIK:  Jurugambar Mohon Orang Ramai Tidak Sebarkan ‘Link’ Gambar Pernikahan Syed Saddiq, Bella Astillah

    Dalam masa sama, isteri kepada aktor Zain Saidin itu turut menerima emel daripada pihak Instagram untuk mengambil tindakan segera termasuk melakukan rayuan jika tidak mahu kehilangan akaun berkenaan selamanya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah