Peniaga manisan popular yang tular di Bukit Bintang, Rizz Quesillo mengumumkan pelarasan harga baharu bagi pencuci mulut berasaskan karamel yang berasal dari Venezuela itu yang akan mula berkuat kuasa pada 11 November ini.
Artikel Berkaitan: #OBPVO2.0: 15 Calon, Satu Gelaran! Siapa Bakal Bergelar Peniaga Paling Viral Tahun Ini?
Artikel Berkaitan: #OBPVO2.0: Siapa Bakal Dinobatkan ‘Nepo Baby Paling Viral’? Zaki Yamani, Azeva & Ammar Ahyan Antara 15 Calon Pilihan
Harga baharu
View on Threads
Menerusi struktur harga baharu tersebut, harga bagi setiap potongan (slice) seberat kira-kira 270 hingga 300 gram dinaikkan daripada RM15 kepada RM21.
Manakala untuk saiz penuh (whole quesillo) dengan berat sekitar 2.5 kilogram, dijual pada harga RM168 berbanding sebelum ini pada harga RM120.
Menerusi perkongsian di Threads, Rizz memaklumkan keputusan itu diambil selepas pertimbangan yang teliti.
Menurut Rizz, tiada sebarang perubahan terhadap saiz hidangan mahupun resipi asal, selain memberi jaminan untuk terus mengekalkan bahan mentah premium seperti penggunaan telur kampung dan susu berkualiti tinggi.
Kepada pelanggan yang kami hargai, pelarasan harga ini dibuat setelah pertimbangan yang teliti.
Resipi, saiz hidangan dan bahan-bahan pilihan kami kekal sama termasuk telur kampung dan susu berkualiti.
Kami sedang memperkukuh operasi, mutu perkhidmatan, pembungkusan, laman web serta kemudahan akses pelanggan di samping mengusahakan pensijilan hala rasmi bersama pihak berkuasa berkaitan.
Komitmen kami kekal memberikan kualiti dan pengalaman yang berbaloi dengan setiap ringgit.
Sebelum ini, Rizz pernah menjadi bualan hangat di media sosial apabila pencuci mulut berasaskan karamel yang pekat dan berkrim itu mencetuskan fenomena luar biasa di ibu kota.
Selepas menjadi tular, kedai Rizz dipenuhi dengan orang ramai termasuk pelancong luar negara yang sanggup beratur panjang demi menikmati hidangan berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Rizz tercalon sebagai Top 15 kategori Peniaga Paling Viral di Paling Viral Online 2.0 (OBPVO).
OBPVO mempertandingkan sembilan kategori iaitu Penyanyi Gen Z Paling Viral, Peniaga Paling Viral, Nepo Baby Paling Viral, Pelakon Paling Viral, Content Creator Paling Viral, Filem Paling Viral, Drama Paling Viral, Lagu Paling HOT dan Kelab Peminat Paling Viral.
Undian dibahagikan kepada dua fasa, iaitu Top 15 dari 2 November hingga 1 Disember 2026, diikuti Top 5 dari 7 Disember 2026 hingga 8 Januari 2027. Setiap pengguna boleh mengundi sehingga 50 kali sehari.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan Paling Viral Online 2.0 pada 15 Januari 2027, jam 9 malam, yang akan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi
Jom meriahkan kempen ini dengan menggunakan tanda pagar rasmi #OhBulanPalingViralOnline2.0 dan layari laman rasmi Paling Viral Online 2.0 untuk maklumat lanjut serta mengundi calon pilihan anda!
Sumber: Threads
The post Rizz Quesillo Umum Harga Baharu, Pensijilan Halal Jadi Keutamaan – ‘Resipi, Saiz Hidangan & Bahan Masih Kekal Sama’ first appeared on OHBULAN!.





