Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali bersetuju dengan pandangan segelintir pihak yang menyifatkan Generasi Z sebagai golongan terlalu manja dan kurang daya saing.
Artikel Berkaitan: Jojo Setia Dengan Kahf, Percaya Semua Pihak Pernah Buat Silap – ‘Mereka Mohon Maaf, Bukan Isu Besar’
Artikel Berkaitan: ‘Jojo Yang Sepatutnya Menang, Dia Lawan Guna IQ’ – Aliff Rakib
Gen Z lembik?

Johan atau mesra disapa Jojo, 19, berkata istilah ‘Generasi Strawberi’ sesuai digunakan untuk menggambarkan sebahagian golongan muda yang dianggap mudah terasa hati, sensitif dan cepat berputus asa.
Betul, setuju sangat. Bila saya tengok budak-budak sama umur dengan saya sangat strawberi.
Picit sikit menangis, macam mana tu? Kalau bawa pergi perang, mati awal kita semua.
Jojo berkongsi pandangan tersebut menerusi sesi soal jawab (Q&A) yang dilakukan di Instagram Story miliknya.
Bagaimanapun, perkongsian itu mengundang reaksi berbeza apabila dimuat naik semula oleh seorang pengguna media sosial di Threads.
Rata-rata warganet tidak bersetuju dengan pandangan Jojo dan berpendapat dia tidak seharusnya memukul rata rata semua individu dalam Generasi Z sebagai golongan yang lemah.
Malah, mereka turut berpandangan ramai anak muda masa kini mempunyai semangat untuk mencabar kemampuan diri serta berusaha bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan.
Istilah ‘generasi strawberi’ popular di Taiwan pada 2000-an untuk merujuk kepada generasi muda yang dianggap terlalu dimanjakan dan kurang tahan menghadapi kesukaran.
Istilah itu kemudian digunakan di beberapa negara Asia untuk menggambarkan golongan muda dengan persepsi yang sama.
Sumber: Instagram
The post Jojo Setuju Dengan Pandangan Gen Z ‘Lembik’ – ‘Sangat Strawberi, Picit Sikit Menangis’ first appeared on OHBULAN!.





