Pelakon, Yusuf Bahrin berharap lebih banyak tawaran lakonan menerusi naskhah bergenre thriller dan jenayah diberikan kepadanya selepas ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Yusuf Bahrin Tak Kisah Digelar Duda ‘Hot’ – ‘Asalkan Tak Melampaui Batas’
Artikel Berkaitan: Yusuf Bahrin ‘Belanja’ Badan Selepas Cerai, Netizen Komen ‘Nombor 2 Hensem Selepas Zul Ariffin’
Keluarkan skil lakonan

Yusuf, 34, berkata, dia mahu keluar daripada zon selesa selepas sekian lama banyak membawakan watak dalam drama bergenre cinta dan romantik komedi.
Saya berharap sangat selepas ini tidak dapat banyak drama cinta, saya mahu banyakkan berlakon dalam drama bergenre thriller.
Drama thriller boleh mengeluarkan lebih lagi skil lakonan saya selain kena dengan jiwa. Genre sebegini juga membantu saya untuk terokai lebih lagi tentang kebolehan berlakon.
Drama cinta, romantik komedi saya sudah selalu buat. Jadi saya mahu lari sedikit daripada kebiasaan.
Yusuf berkata demikian ketika ditemui pada sidang media drama Bayangan Dendam yang berlangsung di Bukit Jalil, baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Yusuf mengakui tertarik dengan watak yang dibawakannya dalam drama Bayangan Dendam kerana berpeluang membawa karakter seorang anggota polis yang cukup mencabar kemampuannya sebagai pelakon.
Tawaran drama cinta saya masih terima, namun jika diberi pilihan untuk berlakon dalam genre yang mana satu, saya lebih suka genre thriller.
Seperti dalam drama Bayangan Dendam, saya sangat suka dengan watak saya iaitu seorang anggota polis. Watak tersebut mencabar saya bagaimana mahu buat penonton percaya bahawa saya polis.
Selain Yusuf, drama Bayangan Dendam yang mempunyai 12 episod itu turut dibintangi Nadhir Nasar, Erysha Emyra, Sophia Albarakbah, Mia Nasir dan ramai lagi.
The post Yusuf Bahrin Kurangkan Naskhah Cinta, Mahu Teroka Genre ‘Thriller’ & Jenayah first appeared on OHBULAN!.





