27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 9, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rita Nadira Sedang Kenal Hati Budi Seorang Lelaki, Tak Mahu Terlalu Kongsi Soal Peribadi – ‘Orang Tersebut Bukan Dalam Industri’

    Shopee Sale

    Pelakon, Rita Nadira mengakui dirinya sedang dalam fasa mengenali hati budi seorang jejaka yang pernah dikongsikannya di media sosial.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rita Nadira Mengaku Keluar Berdua Dengan Aniq Suhair – ‘Bukan Dating, Teman Dia Cari Skincare’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Rasa Minat Nak Berlakon, Ambil Teguran Sebagai Pengajaran’ – Rita Nadira

    Fasa kenal hati budi

    Ketika ditemui , Rita atau nama lengkapnya Rita Nadira Mohd Ritamurni berkata, dia juga tidak menolak sebarang kemungkinan untuk bertemu jodoh memandangkan usianya yang sedah mencecah 28 tahun.

    Kami berkawan, dalam fasa mengenali hati budi. Saya mengenali dia sudah enam bulan.

    Umur saya pun dah 28 tahun. Kalau ada rezeki berjodoh kenapa tidak? Tapi setakat ini masih mengenali.

    Saya tak letak berapa sasaran umur saya kahwin, tapi nak kata sedia tu tidaklah 100 peratus.

    Mengulas lanjut, Rita memaklumkan dia kini memilih untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi hal peribadi demi menjaga privasi diri.

    Sebelum ini terbuka berkongsi saya rapat dengan siapa, tapi mungkin sekarang dah dewasa sedikit dan menghormati dia jadi kami pilih jaga privasi.

    Yalah tak tahu orang suka atau sebaliknya.

    Apa saya boleh kata, orang tersebut bukan di kalangan orang dalam industri.

    Rita berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media filem terbaharu lakonannya berjudul ‘Qifarah’ yang diadakan di Balai Berita Bangsar, Kuala Lumpur pada Ahad.

    MENARIK:  Amir Ahnaf Selesa Kawan Dengan Daiyan Trisha – ‘Dia Menepati Ciri Wanita Idaman Saya’

    Dah lama tak berhubung dengan Chubb-E

    Ketika ditanya mengenai hubungan bersama penyanyi, Chubb-E, pelakon drama ‘Setia Itu Mahal’ menjelaskan bahawa mereka sudah lama tidak berhubung dan tidak lagi rapat seperti dulu.

    Walau bagaimanapun, Rita memaklumkan bahawa mereka masih mengekalkan rasa hormat antara satu sama lain.

    Status kami sekarang dah tak berkawan rapat seperti dulu.

    Tapi kami saling hormat menghormati antara satu sama lain.

    Tak perlulah tahu bila saya mula tak rapat dengan dia.

    Sebelum ini, Rita pernah digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan Chubb-E namun, dia menafikan dakwaan tesebut.

    Terbaharu, anak jati Kuala Lumpur ini menyorot perhatian apabila berkongsi beberapa foto mesra bersama seorang jejaka berjambang di media sosial.

    Dalam perkembangan lain, Rita bakal tampil dalam filem terbaharu lakonannya berjudul Qifarah arahan Ghaz Abu Bakar yang dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 9 Oktober ini.

    Filem itu turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Datuk Remy Ishak, Sharifah Sakinah, Liyana Jasmay, Vanida Imran, Namron dan Esma Daniel.

    The post Rita Nadira Sedang Kenal Hati Budi Seorang Lelaki, Tak Mahu Terlalu Kongsi Soal Peribadi – ‘Orang Tersebut Bukan Dalam Industri’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah