27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Riena Diana Kurangkan Kongsi Momen ‘Sweet’ Dengan Keith Foo Di Media Sosial – ‘Nak Elak Penyakit Ain & Jaga Kesihatan Mental’

    Shopee Sale



    Riena Diana

    Demi menjaga kesihatan mental, pelakon Riena Diana mengambil pendekatan untuk tidak membaca sebarang komen negatif berkaitan hubungan cintanya bersama kekasih yang juga aktor, Keith Foo.

    Kurangkan berkongsi

    Riena Diana

    Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, berkata, dia juga mula mengurangkan memuat naik perkongsian bersama Keith di media sosial selain ingin mengelak berlaku penyakit ain.

    Sebelum ini saya rajin post video atau muat naik konten dengan Keith, tapi sekarang kurangkan. Begitu juga dengan Keith.

    Tindakan kami kurangkan perkongsian bersama untuk elak penyakit ain (dengki). Saya tahu keadaan mental saya ada kala tidak berapa baik, jadi apabila baca komen akan rasa geram.

    Untuk jaga kesihatan mental, saya kurangkan post dan tidak membaca sangat komen netizen.

    Riena berkata demikian ketika ditemui di sidang media drama TonTon Original Series, Salju Rindu Di Bumi Auckland yang berlangsung di Sri Pentas, Bandar Utama, baru-baru ini.

    Cinta lokasi

    Riena Diana

    Berkongsi lanjut, Riena mendedahkan cintanya bersama Keith mula berputik ketika mereka bersama-sama menjalani penggambaran drama Salju Rindu Di Bumi Auckland.

    Cinta saya dan Keith berputik ketika di set penggambaran drama Salju Rindu Di Bumi Auckland. Saya ingin tegaskan ini bukan gimik, memang dari situ kami mula rapat.

    Segalanya berjalan sangat ‘smooth’ bibit kami bercinta. Dalam realiti memamg kami bercinta jadi secara tidak langsung seperti bonus untuk menarik penonton menyaksikan drama ini.

    MENARIK:  Kris Dayanti Ubati Rindu Peminat Selepas Lapan Tahun, Bakal Adakan Konsert Di Kuala Lumpur Jun Ini

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah