30.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    [VIDEO] ‘Fans Jarang Upload, Saya Pun Tak Nampak Posting Mereka’ – MK K-Clique Hargai Sikap Peminat Hormati Privasi Anak

    Shopee Sale

    Penyanyi rap MK K-Clique sedang melalui fasa yang lebih matang dan semenjak bergelar bapa, dia memilih untuk melindungi privasi anak perempuannya, Aya Rayana, yang kini berusia setahun tiga bulan.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Kagum MK K-Clique Baca Al-Quran Sebelum Persembahan AJL39 – ‘Sempat Dia Mengaji Ketika Bersolek’

    Artikel Berkaitan: MK K-Clique Dipuji Tak Tiup Api Lilin Kek ‘Birthday’ – ‘Sebahagian Ulama Mengharamkan Kerana Menyerupai Amalan Orang Kafir’

    Peminat hormat

    Ketika ditemui , pemilik nama Muhammad Hairi Amin Hamdan, 29, itu meluahkan rasa syukur dengan kehidupan yang dilaluinya terutama dari segi kerjaya dan keluarga.

    Saya sangat gembira dengan fasa yang saya lalui sekarang. Saya tidak menyangka akan berada di tempat ini iaitu dari segi perjalanan karier dan muzik.

    Kita tahu saya yang dahulu bagaimana, jadi Alhamdulillah saya bersyukur sangat terutama dengan adanya keluarga sekarang. Saya menikmati segala yang Allah SWT berikan.

    Berkongsi mengenai cahaya matanya, MK menjelaskan tidak pernah menghalang peminat daripada mengambil gambar, malah menghargai sikap mereka yang menghormatinya memandangkan dia jarang melihat foto anak dimuat naik di media sosial.

    Bagaimanapun, MK mengakui dirinya masih belum bersedia dan memilih untuk tidak mendedahkan wajah puteri tercintanya itu buat masa ini.

    Kalau bawa anak keluar, saya tak tutup pun (wajah anak). Saya okay sahaja kalau ada peminat yang mengambil gambar.

    Alhamdulillah, bila peminat ambil gambar anak, mereka jarang muat naik malah saya sendiri pun tak nampak posting itu di mana-mana.

    Mereka menghormati saya, mungkin mereka tunggu saya yang post dahulu. Saya sendiri tidak ada halangan dan tidak melarang mereka untuk ambil gambar.

    Tetapi buat masa sekarang ini untuk hantaran peribadi, saya masih lagi menjaga dan tidak mahu mendedahkannya.

    MK berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran mini album ‘Asmara Dansa’ oleh penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa yang berlangsung di The Five, Kuala Lumpur pada Rabu.

    MENARIK:  Linda Jasmine Enggan Ulas Tentang Isu Peribadi – ‘Saya Tak Tahu, No Comment’

    Penyakit ain

    View this post on Instagram

    A post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)

    Dalam masa yang sama, pelantun lagu Mimpi itu turut mengakui tindakannya untuk tidak terlalu mendedahkan wajah anak adalah supaya terhindar daripada penyakit ain.

    Boleh dikatakan begitu, saya tidak menafikan.

    Itu adalah salah satu langkah yang saya ambil untuk mengelak daripada perkara yang tidak diingini terjadi.

    Di media sosial, macam-macam pandangan orang. Saya ada perasaan takut, lebih-lebih lagi sekarang orang guna AI (kecerdasan buatan), jadi mereka boleh buat apa sahaja.

    Untuk rekod, MK mendirikan rumah tangga bersama Siti Hajaar pada 16 Jun 2023. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang lahir pada 3 Ogos tahun lalu.

    The post [VIDEO] ‘Fans Jarang Upload, Saya Pun Tak Nampak Posting Mereka’ – MK K-Clique Hargai Sikap Peminat Hormati Privasi Anak first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah