Ratu Rock negara, Ella bakal mencipta sejarah dengan mengumumkan konsert terbaharunya, ‘Majlis Tertinggi Rockqueen’.
Artikel Berkaitan: Suami Dedah Ella Aktif Beri Sumbangan, Pilih Untuk Tidak Hebahkan Secara Umum – ‘Kalau Tak Cerita, Lagi Banyak Pahala’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ella Kunci Mulut Isu Rumah Tangga Anak Saudara, Terima Segala Keputusan Kaka Azraff
Tiga nilai kemanusiaan

Konsert ikonik dan mega ini dijadual akan berlangsung pada 14 Februari 2026 di Stadium Nasional Bukit Jalil, lokasi yang sebelum ini menjadi saksi detik-detik penting dalam perjalanan seni Ella.
Hitman Solutions dan Rockqueen merupakan penganjur ternama di sebalik konsert ini, yang dijangka menjadi salah satu projek terbesar mereka untuk meraikan legasi hebat Ella serta menyatukan peminat, penggiat seni dan masyarakat Malaysia.
Tema bagi konsert ini, ‘Peace, Love & Rindu’, iaitu mencerminkan tiga nilai kemanusiaan yang dijunjung Ella.
Bagi Ella, pemilihan nama konsert ini bukan sahaja merujuk kepada gelaran ikoniknya sebagai ratu rock, tetapi juga berperanan sebagai platform dalam menyampaikan impak yang lebih mendalam.
Saya akan mencapai usia 60 pada tahun 2026, dan sudah tentu saya ingin memberi impak dan legasi berkekalan khususnya dalam aspek kemanusiaan.
Majlis Tertinggi Rockqueen adalah terjemahan kepada sebuah gerakan yang mahukan ‘Peace, Love & Rindu’.
Menerusi konsert ini, ianya membawa mesej tersendiri melalui setiap temanya, ‘Peace’ sebagai tanda solidariti terhadap perjuangan rakyat Gaza, ‘Love’ menyoroti isu buli dalam institusi pendidikan di Malaysia.
Manakala, ‘Rindu’ didedikasikan kepada penggiat seni tanah air yang terus berkarya demi memartabatkan industri.
Harga tiket mampu milik

Berbanding konsert berskala besar yang lain, pihak penganjur ingin menjadikan ‘majlis’ ini sebagai acara untuk rakyat, dengan tiket yang berpatutan agar semua peminat dari pelbagai lapisan dapat menyaksikannya.
Konsert kali ini, antara intinya adalah kami ingin ‘give back to the people’.
Kerana itu kami memilih lokasi besar dengan pilihan harga tiket yang murah, namun tidak menafikan pengalaman luar biasa pengunjung konsert, juga sajian audio visual bermutu buat semua yang hadir .
Rohit Rampal selaku Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Hitman Group, menjelaskan bahawa setiap pembelian tiket membolehkan penonton mengundi dan memilih tabung sumbangan pilihan mereka.
Penonton boleh memilih untuk menyumbang melalui ‘Peace’ (Persatuan Cinta Gaza Malaysia), ‘Love’ (Yayasan Kebajikan Negara), atau ‘Rindu’ (Yayasan Kebajikan Artis Tanahair).
Setiap undian yang dibuat semasa pembelian tiket akan disumbangkan RM2 kepada organisasi pilihan mereka.
Hampir 40 tahun bergiat

Setelah sekian lama tidak mengisi pentas sebesar ini, Ella menganggap peluang ini sebagai dorongan untuk memperbaharui semangat dan azamnya dalam berkarya.
Ella turut mendedahkan bahawa semangatnya terhadap seni yang tidak pernah padam, menjadi kunci untuk mengekalkan momentum kerjaya selama hampir 40 tahun.
Ini merupakan sebuah ketabahan khas yang dimiliki oleh seorang penyanyi yang sungguh mencintai seni, penggemar, dan penontonnya.
Harapannya bagi semua peminat, lama atau baharu, adalah dua perkara utama, iaitu agar konsert ini memberi sumbangan maksimum kepada pertubuhan amal yang terlibat.
Bagi generasi muda terus cemerlang, manakala para seniman dapat berkarya dengan pengiktirafan yang sepatutnya.
Jangan lupa undi ‘Peace, Love atau Rindu’, dan jumpa di Majlis Tertinggi Rockqueen nanti!
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui nombor telefon di +6012-2655783 atau emel ke concerts@hitman.group.
The post Ratu Rock Malaysia, Ella Kembali Dengan ‘Majlis Tertinggi Rockqueen’ Pada 14 Februari 2026 first appeared on OHBULAN!.





