29.6 C
Kuala Lumpur
Friday, October 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jom Sertai LG Run & Berpeluang Bawa Pulang Hadiah Utama LG Washtower Serta Wang Tunai!

    Shopee Sale



    Buat korang yang sukakan gaya hidup aktif tu, kami ada berita baik untuk korang!

    Dalam menggalakkan rakyat Malaysia untuk meraikan kesejahteraan dan kegembiraan, LG Malaysia akan menganjurkan acara larian pertama mereka nanti iaitu Life’s Good Run (LG Run)!

    Kalau korang nak tahu, Life’s Good Run yang akan berlangsung pada 4 Ogos 2024 di Anjung Floria, Putrajaya ini bertujuan untuk memupuk pengalaman Life’s Good sekaligus mengajak semua orang untuk mengamalkan gaya hidup sihat dan positif bersama yang tersayang.

    Menurut Justin Choi, Pengarah Urusan LG Malaysia, “Dalam memperkenalkan konsep ‘Life’s Good’ kepada semua, kami ingin mengintegrasikan kehidupan yang mulia dengan kesejahteraan sejagat melalui penyertaan dalam LG Run,”

    “Ketika peserta melintasi laluan yang direka dengan teliti, mereka akan dikelilingi oleh semangat sejiwa, semuanya bersatu dalam usaha kecergasan dan kebahagiaan terutama dalam mengatasi cabaran positif bersama anak-anak mereka. Ini, bagi kami, melambangkan Life’s Good iaitu panduan dalam segala yang kami lakukan,” katanya.

    Untuk pengetahuan korang, LG Run mempunyai dua kategori iaitu dewasa dan kanak-kanak serta terbahagi kepada dua laluan iaitu 5km dan 10km di sekitar Anjung Floria.

    Kategori dewasa adalah seperti berikut:

    • Terbuka Lelaki: 16 – 39 tahun
    • Veteran Lelaki: 40 tahun dan ke atas
    • Lelaki (Bukan Warganegara Malaysia): 16 tahun dan ke atas
    • Terbuka Wanita: 16 – 39 tahun
    • Veteran Wanita: 40 tahun dan ke atas
    • Wanita (Bukan Warganegara Malaysia): 16 tahun dan ke atas
    MENARIK:  Ebby Yus Dedah Shuk Sahar, Jep Sepahtu & Atu Zero Baik Hati, Selalu Membantu Tanpa Meminta Balasan

    Pengambilan Pek Perlumbaan (Race Pack)

    Manakala, bagi pengambilan pek perlumbaan adalah seperti berikut:

    Tarikh: 26 – 28 Julai 2024

    Masa: 10am hingga 6pm

    Tempat: Main Atrium, Ground Floor, LaLaport BBCC

    Menariknya, peserta akan disambut oleh angin lembut, kabus ethereal dan muzik latar yang dapat memberikan semangat serta pengalaman yang luar biasa sepanjang larian mereka nanti.

    Selain itu, kawasan karnival LG Run juga akan dihiasi dengan pameran produk-produk yang menarik serta permainan tradisional Korea untuk peserta merasai keseronokan dan kenangan bersama keluarga.

    Sertai LG Run dan berpeluang memenangi hadiah menarik!

    Yang lagi best, hadiah yang ditawarkan bagi pemenang kategori 10km pun hebat-hebat belaka tau!

    Korang tengok jelah kat bawah ni, fuh tak sabar nak join!

    Haa..apa lagi yang korang tunggu? Buat yang berminat untuk sertai LG Run ni, korang dah boleh dapatkan tiket bermula hari ini sehingga 14 Julai 2024 melalui laman web rasmi LG Run di sini. 

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah