Bekas isteri kepada penyanyi Ahmad Nubhan, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek mendedahkan bahawa kekuatan untuk bangkit sebagai ibu tunggal datang daripada sokongan luar biasa pelbagai pihak, termasuk rakan-rakan selebriti.
Artikel Berkaitan: ‘Tiada Siapa Ingin Perceraian Berlaku’ – Nubhan Masih Boleh Berkawan Baik Dengan Dr. Fie Demi Anak-Anak
Rakan selebriti beri sokongan

Afifah atau mesra disapa Dr. Fie, 35, berkata, kehadiran insan-insan yang prihatin itu banyak membantunya melalui fasa sukar selepas rumah tangganya berakhir.
Ramai selebriti yang hubungi saya, antaranya Diana Danielle dan Adira Suhaimi. Mereka banyak berkongsi pengalaman serta memberi nasihat supaya saya kekal tenang. Sokongan begitu membuatkan saya rasa lebih kuat.
Dr. Fie berkata demikian selepas prosiding pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada Selasa.
Dalam masa sama, Dr Fie tidak menolak kemungkinan jika dia menceburi dunia seni sekiranya diberikan ruang dan peluang. Begitu pun, segala keputusan harus disesuaikan dengan profesionnya sebagai doktor gigi.
Saya terbuka, tetapi semuanya bergantung kepada kesesuaian imej dan profesion saya.
Pada Selasa, Mahkamah Rendah Syariah Sepang pada Selasa mengesahkan Nubhan sah bercerai dengan Dr. Fie selepas meneliti lafaz talak yang dibuat di luar mahkamah.
Hakim Umamuddin Yunus menetapkan bahawa lafaz talak kali kedua yang dilafazkan Nubhan pada 26 Ogos lalu adalah sah mengikut hukum syarak dan undang-undang keluarga Islam.
Untuk rekod, Nubhan dan Dr. Fie yang juga seorang doktor gigi mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille yang berusia tiga tahun.
The post Dr. Fie Dedah Adira & Diana Danielle Antara Selebriti Titip Kata Semangat, Terbuka Mahu Ceburi Dunia Seni first appeared on OHBULAN!.





