Personaliti media sosial, Umisya Mazlan meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir warganet yang melemparkan pelbagai dakwaan terhadapnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Umisya Sedih Anak Jadi Mangsa Kecaman Netizen – ‘Mereka Tak Bersalah’
Artikel Berkaitan: ‘Berpada Dalam Percakapan, Cukuplah Apa Yang Saya Telan Selama Ini’ – Umisya Mazlan
Penjelasan Umisya

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Umisya menegaskan bahawa dia sama sekali tidak pernah campur tangan dalam hal berkaitan suaminya dan poligami.
Dekat sini saya nak tegaskan, saya tak pernah meletakkan syarat, tak pernah menyuarakan itu atau ini sebagai isteri.
Tak pernah mengarah segala kejadian dalam rumah tangga.
Menurut Umisya, dia mengakui kurang senang apabila konflik rumah tangganya menjadi bualan orang.
Bagaimanapun, Umisya tetap positif dan menerima dengan hati yang terbuka segala ujian yang telah ditetapkan oleh Ilahi.
Tak ada kena mengena langsung dengan hal rumah tangga orang lain. Saya sendiri dah tak suka nak bercerita hal rumah tangga.
Saya tak bangga dengan apa yang jadi, bahkan lagi malu dengan dikenali sebagai asbab sekian-sekian, tapi saya ambil positif dengan hal-hal yang terjadi sekarang ini.
Saya pandang ke depan, kalau boleh tak nak toleh belakang lagi dengan peristiwa lama, sebelum poligami ataupun selepas kejadian poligami. Saya bersyukur dengan segala yang Allah aturkan untuk saya sekarang.
Demi anak-anak
View this post on Instagram
Dalam masa yang sama, sebagai seorang ibu kepada tiga orang cahaya mata, Umisya hanya mahu yang terbaik untuk keluarganya.
Bila menerima semua keadaan ini, saya cuba untuk move on dan tunjuk kehidupan yang baik untuk anak-anak supaya mereka tengok nanti ummi dan papa baik-baik saja.
Untuk info, Umisya mendirikan rumah tangga bersama Aslam pada tahun 2020 dan pernah berpisah pada September 2023. Namun, pasangan ini kembali rujuk dalam tempoh iddah.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Hud,4, Nuh,3 dan seorang bayi perempuan yang kini berusia sembilan bulan.
Terdahulu, Aslam turut mengahwini anak kepada aktres Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim di Songkhla, Thailand pada Disember 2023.
Sumber: IG Umisya Mazlan
The post ‘Saya Tak Pernah Letak Syarat Atau Mengarah Segala Kejadian Dalam Rumah Tangga’ – Umisya Mazlan first appeared on OHBULAN!.





