Satu soalan terbuka yang dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial mengenai penerimaan lelaki terhadap wanita yang tidak lagi dara telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen.
Artikel Berkaitan: Tular Video Atas Ranjang Berdurasi 12 Minit Mirip Penyanyi? Netizen Dah Jumpa Siapa Tuan Badan
Perempuan tiada dara

Menerusi satu hantaran di Threads, wanita berkenaan secara terbuka mengajukan soalan yang dianggap sensitif namun relevan dalam konteks masyarakat masa kini.
Lelaki boleh ke terima perempuan dah pecah dara?
Soalan itu pantas mengundang pelbagai reaksi, khususnya daripada kaum lelaki yang tampil berkongsi pandangan serta pendirian masing-masing mengenai isu berkenaan.
Sebahagian daripada mereka berpendapat bahawa perkara lampau tidak seharusnya dijadikan ukuran dalam sesebuah hubungan, sebaliknya fokus perlu diberikan kepada kejujuran dan sikap pasangan selepas berkahwin.
Bagi saya, ia sebenarnya mudah. Apa yang berlaku sebelum dia bersama saya, saya tidak mahu ambil tahu. Saya hanya peduli tentang apa yang berlaku ketika dia bersama saya.
Perkara yang telah berlalu biarlah berlalu dan tiada gunanya untuk dipertikaikan. Cukuplah jangan ulangi kesilapan yang sama. Dia tidak memberitahu dan saya juga tidak akan bertanya.
Selain itu, beberapa pengguna lain yang beranggapan setiap individu berhak diberi peluang untuk memulakan kehidupan baharu tanpa dibayangi masa silam.
Boleh sahaja, saya tidak kisah. Apa yang telah berlalu biarlah berlalu. Apa yang benar-benar penting ialah kita belajar daripada pengalaman, berkembang dan terus melangkah ke hadapan.
Sejujurnya, tidak semua perkara perlu dikongsi dengan teman lelaki baharu kerana kadangkala memulakan hidup dari awal itu sudah memadai. Jadilah diri anda yang sekarang, bukan siapa anda pada masa lalu.
Tidak perlu mengungkit pengalaman lama atau trauma silam, biarkan semuanya kekal di situ. Fokuslah pada diri anda hari ini, versi yang lebih kuat dan lebih baik.
Perbincangan itu secara tidak langsung membuka ruang kepada perbincangan lebih matang mengenai penerimaan dan kematangan dalam hubungan serta memperlihatkan perubahan perspektif segelintir masyarakat.
Sumber: Threads
The post Ramai Lelaki Malaysia Terbuka Kahwini Wanita Tidak Lagi Dara, Masa Lalu Tidak Wajar Diungkit first appeared on OHBULAN!.





