25.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 25, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rizman Ruzaini Sambut Ulangtahun Ke-20 Dengan Tiga Seleksi Busana Raya, Bangkitkan Rasa Nostalgia Aidilfitri Penuh Prestij

    Shopee Sale



    Menyambut ulangtahun ke-20 tahun ini, Rizman Ruzaini ingin menghadiahkan Fashion Royalties mereka dengan tiga koleksi Raya yang berbeza dari tahun sebelumnya.

    Menggamit semula koleksi ikonik terdahulu, ia disegarkan kembali menerusi Rizman Ruzaini Raya 2025 Couture Collection, Rizman Ruzaini Raya 2025 Anniversary Capsule Collection dan pengenalan kembali Rizman Ruzaini Red.

    Rizman Ruzaini Raya 2025 Couture Collection

    Menyerikan lagi koleksi adi busana ini, Rizman Ruzaini menjemput selebriti terhormat yang juga rakan jenama Rizman Ruzaini, Ziana Zain untuk meninjau seleksi Raya tersebut.

    Pengasas Bersama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin berkata, Ziana antara selebriti yang mempunyai portfolio panjang bersama Rizman Ruzaini.

    Dia antara yang setia menyarungkan rekaan kami sepanjang 20 tahun perjalanan Rizman Ruzaini. Keserasiannya dengan signatur rekaan Rizman Ruzaini dan citarasa yang seiring menjadikan dia sebagai rakan jenama Rizman Ruzaini yang wajar untuk kami kongsikan koleksi istimewa ini bersamanya.

    Mengangkat kembali ilham Mustika daripada koleksi Musim Bunga/Panas 2025 yang dipentaskan di Minggu Fesyen Dubai pada penghujung tahun lalu, Rizman Ruzaini Couture membawakan koleksi Mustika ini sebagai antara seleksi Raya 2025 yang memberi penghormatan kepada warisan budaya Malaysia, gabungan unsur tradisional dengan inovasi kontemporari.

    Istilah ’Mustika’ melambangkan permata yang berharga, mencerminkan keindahan dan nilai tinggi pakaian tradisional Melayu. Ia membangkitkan rasa nostalgia yang dikaitkan dengan filem Melayu klasik seperti Penarek Becha (1955) dan Rachun Dunia (1950).

    Menariknya, koleksi ini juga adalah penghormatan kepada arwah nenda Pengarah Kreatif Rizman Ruzaini, Ruzaini Jamil. Diceritakan, ilham tercetus saat dia menyelak album lama nendanya, dan terlihatlah akan gambar nendanya yang begitu menawan dalam sarungan kebaya lama, siap berkerongsang dan berkain batik.

    Potongan Kebaya menjadi watak utama dalam koleksi ini sebagai simbol warisan, identiti, dan keanggunan abadi. Elemen tradisional dan moden digabungkan, dengan sulaman mesin mencipta motif yang dipengaruhi oleh budaya Melayu dan Peranakan.

    Penggunaan fabrik berlipat menyuntik daya tarikan koleksi ini, di samping kemasan mewah. Fabrik utama yang digunakan ialah baldu, krep premium, tulle dan sifon. Koleksi ini turut mengangkat pesona Yang Mulia Tengku Shaheera Tengku Abdullah sebagai muse utama. Sebanyak 23 helaian diperkenalkan dalam ajnas rona permata.

    Disebabkan koleksi ini dihasilkan secara eksklusif dan terhad, pesanan tempahan untuk rekaan ini sudah pun ditutup lantaran permintaan luar biasa yang diterima.

    Rizman Ruzaini Raya 2025 Anniversary Capsule Collection

    Mencerap kembali himpunan Rizman Ruzaini yang paling diingati dan ikonik sejak dua dekad yang lalu, helaian-helaian ini dikembalikan semula untuk diraikan dalam koleksi Capsule Raya tahun ini agar Fashion Royalties boleh sama-sama terimbau dek memori 20 tahun tersebut. Setiap rekaan bersifat timeless dan boleh digayakan saban musim.

    MENARIK:  [VIDEO] Influencer, Uci Luna Tidak Boleh Daftar Kelahiran Anak, Rupanya Dah Setahun Kahwin Tak Ada Sijil Nikah

    Menurut Pengarah Kreatif Rizman Ruzaini, Ruzaini Jamil, setiap rekaan ditaburi perincian mewah dan dihasilkan daripada fabrik sifon berkualiti tinggi, menambahkan nilai pada setiap hamparan helaian.

    Istimewa Raya 2025, kami mencipta koleksi kapsul ready to wear ini daripada inspirasi rekaan yang paling disukai pelanggan setia Rizman Ruzaini dan merombaknya dengan sentuhan moden yang segar, namun kekal dengan citarasa kontemporari.

    Koleksi baharu ini terdiri daripada lapan rekaan yang unik dan menawan, dihidupkan semula dalam rona lembut yang pastinya sesuai untuk digayakan pada Hari Raya.

    Koleksi kapsul ini bukan sahaja menghargai legasi jenama Rizman Ruzaini, tetapi juga menawarkan keseimbangan antara tradisi dan moden, menjadikannya pilihan ideal bagi mereka yang menginginkan gaya anggun mewah, namun pada harga yang masih praktikal untuk sebuah nilai penghasilan yang rumit. Ia tersedia dalam kuantiti terhad dengan pemilikan eksklusif.

    Dapatkannya segera di butik Rizman Ruzaini yang terletak di Shangri-La Kuala Lumpur dan di http://www.RizmanRuzaini.com sebelum kehabisan stok.

    Rizman Ruzaini Red

     

    View this post on Instagram

    A post shared by MaisonRizmanRuzaini (@rizmanruzaini)

    Selamat kembali Rizman Ruzaini Red Collection! Lapan pilihan mewah di bawah label Rizman Ruzaini Red 2025 Raya ini pasti menjadi pilihan hangat untuk Syawal 2025, dalam siri sedia pakai. Walau dalam lingkungan label mewah, ia masih dalam ‘harga mesra’, sebagai tanda penghargaan buat Fashion Royalties yang mahukan sarungan glamor, namun mampu dimiiki.

    Meminjam elemen penting daripada Couture Collection yang diilhamkan oleh Mustika, Rizman Ruzaini Raya 2025 Couture Collection ‘versi ringkas’ ini didatangkan dalam pelbagai warna dan rekaan yang pasti menarik perhatian. Rizman Ruzaini Red masih mengekalkan rekaan elegan dan sofistikated yang menjadi signatur jenama itu.

    Rekaan dalam koleksi ini termasuklah Baju Kurung Kedah, Baju Kurung Pahang, Baju Kurung Moden, Kebaya, dan Kebaya Labuh. Ia diperbuat daripada fabrik krep dan renda yang selesa. Lebih istimewa lagi, tujuh daripada lapan rekaan ini dilengkapi dengan selendang percuma, menjadikannya pilihan penataan gaya yang lengkap dan anggun.

    Koleksi ini tersedia daripada saiz IT34 hingga IT42 dan boleh didapati di butik yang terletak di Shangri-La Kuala Lumpur dan di http://www.RizmanRuzaini.com.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah