27.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Rakan Perniagaan Wak Doyok Mohon Perintah Injuksi, Nafi Ada Perjanjian Pulangan Sebanyak RM3 Juta – ‘Kami Sudah Membayar Dia RM800k’

    Shopee Sale



    Wak Doyok

    Pengarah Operasi WD Food Group yang juga rakan perniagaan kepada pempengaruh dan usahawan, Wak Doyok iaitu Muhammad Hanif Omar menepis dakwaan ikon media sosial itu yang mendakwa dirinya mengalami kerugian sebanyak RM3 juta.

    Pulang RM 3 juta

    Wak Doyok

    Ketika ditemui , Haniff berkata, dia sama sekali tidak pernah menjanjikan jumlah berkenaan namun menjelaskan bahawa syarikatnya sudahpun membayar sebanyak RM800,000 kepada Wak Doyok sebagai keuntungan daripada pelaburan yang dilakukannya.

    Tambah Haniff, syarikatnya juga akan memulangkan kembali wang pelaburan sebanyak RM300,000 yang dibayar Wak Doyok pada November depan.

    Sebenarnya tiada perjanjian membabitkan keuntungan RM3 juta di antara pihak saya (WD Food Group) dengan dia (Wak Doyok)

    Tetapi kami sudah membayar keuntungan sebanyak RM800,000 kepada dia. Dan pada November ini kami akan kembalikan pula wang pelaburannya berjumlah RM300,000.

    Saya tidak nampak dimana perjanjian berjumlah RM3 juta itu seperti yang didakwanya.

    Haniff memaklumkan perkara tersebut pada sidang media yang dilakukan di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada petang Isnin

    Dalam pada itu, usahawan yang berusia 29 tahun ini meluahkan rasa kesal kerana penipuan yang dibuat Wak Doyok itu telah menjejaskan operasi syarikat dan reputasinya sebagai ahli perniagaan.

    Wak Doyok membuat kacau. Dia datang ke pejabat hingga mengganggu dan buat kekacauan kepada staf syarikat.

    Mohon perintah injuksi

    Wak Doyok

    Sementara itu, peguam kepada Haniff iaitu Zambri Mohd Isa, tindakan Wak Doyok yang melakukan kekecohan telah menyebabkan proses mediasi terbantut untuk dilakukan.

    Kami ada bercadang nak melakukan proses mediasi tetapi kekecohan yang dilakukan (Wak Doyok) telah menjatuhkan reputasi anak guam saya sebagai seorang usahawan.

    Justeru, proses mediasi itu terbantut untuk dilakukan.

    MENARIK:  Muaz Zabir Akui Aidilfitri Terasa Kosong Tanpa Arwah Bapa – ‘Setahun Tak Lalu Tempat Kemalangan Itu’

    Tambah Zambry, anak guamnya turut memohon perintah injuksi terhadap Wak Doyok dan keputusan tersebut akan disebutkan pada 2 September depan.

    Terdahulu, Wak Doyok atau nama sebenarnya Mohd Azwan Md Nor mendakwa dirinya menanggung kerugian lebih RM3 juta akibat ditipu rakan perniagaan syarikatnya.

    Dakwa Wak Doyok, dia menyedari ditipu rakan perniagaannya yang juga pasangan suami isteri itu selepas membuat siasatan terhadap mereka.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah