31.2 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Kebakaran Van Jenazah ‘Pertubuhan Amal Nur By Khiriah’ – Noorkhiriah Reda yakin ada hikmah di sebaliknya

    Shopee Sale



    Pelakon terkenal, Noorkhiriah reda selepas van jenazah pertubuhan yang diasakannya, Pertubuhan Amal Nur By Khiriah musnah selepas terbabit dalam satu kebakaran.

    ‘Saya terima apa yang Allah bagi’

     

    View this post on Instagram

     

    A post shared by Pengurusan Jenazah Percuma (@pertubuhanamalnurbykhiriah)

    Menerusi Instagram (IG), Khiriah atau nama sebenarnya Noorkhiriah Ahmad Shapie memuat naik video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) rumah jirannya yang memaparkan insiden tersebut.

    Menurut pelakon yang popular dengan drama ‘Nur’ itu, dia reda dengan ujian yang diberikan tersebut.

    Van jenazah Pertubuhan Amal Nur by Khiriah terbakar. Pasti ada hikmah di sebalik kejadian. Saya terima apa sahaja yang Allah bagi.

    Barangkali, Allah nak ganti dengan yang lebih baik. Allah Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui.

    Doakan semoga van jenazah sayang yang ini dapat diperbaiki semula, semoga dapat diperbaiki. Saya sayang sangat-sangat.

    Menjelaskan mengenai kejadian, Khiriah memaklumkan bahawa kejadian tersebut berlaku sewaktu dirinya sedang dalam perjalanan menghantar anaknya pulang ke asrama di Pulau Pinang.

    Sebenarnya saya tak tahu kejadian sebenar yang berlaku sebab saya tengah dalam perjalanan untuk hantar anak pulang ke asrama di Pulau Pinang.

    Dalam pada itu, Khiriah sempat menitipkan ucapan terima kasih buat kejiranannya yang prihatin dengan kejadian tersebut dan nekad akan terus bersemangat meneruskan kegiatan yang dijalankan pertubuhannya.

    MENARIK:  Intan Najuwa & Suami Anjur Solat Hajat Bersama Anak-Anak Tahfiz Untuk Pejuang Global Sumud Flotilla

    Hantaran tersebut turut mendapat perhatian wargamaya dan rakan artis yang lain yang rata-ratanya mahu menghulurkan sumbangan buat pertubuhan yang diasaskan Khiriah.

    Netizen juga meluahkan rasa simpati mereka dan mendoakan agar Khiriah cekal dan tabah dengan ujian yang dihadapinya itu.

    Komen netizen

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah