Penyanyi Indonesia, Raisa kini hadir dengan album terbaharunya yang berjudul ‘ambiVert’ yang mengandungi 11 buah lagu di dalamnya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Raisa Simpati Dengan Insiden Menimpa Nadin Amizah
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Setuju Mengatakan Ia Berpasir’ – Raisa Suka Makan Nasi Kandar Setiap Kali Datang Malaysia
Buah tangan baharu

Menurut Raisa, ‘ambiVert’ digarap tanpa kecenderungan dan jangkaan yang berlebihan tetapi ianya adalah satu semangat yang menjadi cerminan kematangan muzik yang dihasilkan oleh Raisa.
Album ini bukan kesinambungan diskografi tetapi petanda penting perjalanan Raisa sebagai penyanyi dan penulis lagu.
Ketika mula-mula masuk studio, saya tidak memikirkan apa-apa. Tidak terfikir ingin menghasilkan album seperti ini atau seperti itu.
Tidak sama sekali. Tidak ada apa-apa yang perlu saya buktikan.
Saya sudah ada empat album yang mewakili fasa kehidupan saya. Sekarang, saya dalam fasa tidak mahu dibebani apa-apa dan hanya ingin jujur dalam menulis lagu.
Kehidupan seseorang

Tambah Raisa lagi, ‘ambiVert’ dijadikan sebagai judul pada album ini kerana ia berkisarkan tentang manusia yang tidak terlepas daripada kehidupan penuh dengan warna dan kerapuhan yang menyerang setiap kali bersendirian.
Rata-rata ramai yang ambivert. Tidak mungkin ada yang 100 peratus extrovert dan tidak ada sisi introvert sama sekali. Begitu juga sebaliknya. Itu yang digambarkan album ini.
Ketika bersantai dengan rakan-rakan ada lagu ‘It’s Okay To Not Be Okay’ atau ‘Ternyata Tanpamu.’
Tetapi, ketika bersendirian, refleksi diri atau memasuki zon introvert, terdapat lagu-lagu seperti ‘I’ll Be Waiting’. Semua sisi ambivert dapat ditemukan dalam album ini.
Selain itu, ‘ambiVert’ turut menampilkan kolaborasi Raisa bersama dua penyanyi hebat iaitu Bersena Bestandhi dan Rony Parulian menerusi lagu Awal Kisah Selamanya dan Tetap Bukan Kamu.
Untuk info, ‘ambiVert’ kini boleh didengari di semua platform digital.
The post Raisa Kembali Dengan Album ‘ambiVert’, Ketengahkan Kehidupan Manusia Yang Penuh Warna first appeared on OHBULAN!.





