34.6 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 23, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Raes Arifin Lancar Single Sulung ‘Jalan Cinta’, Sasar Tembusi Industri Muzik Tanah Air

    Shopee Sale

    Bintang program Gimme The Mic 2024, Raes Arifin, kini melangkah ke dunia seni tanah air secara rasmi dengan pelancaran single sulungnya berjudul, ‘Jalan Cinta’.

    Artikel Berkaitan: ‘Ada Beranggapan Wanita Hanya Sesuai Kahwin Awal & Tak Boleh Berniaga’ – Shiha Zikir

    Artikel Berkaitan: ‘Saya Bersyukur Jadi Rakyat Malaysia, Hebat Dari Segi Budi Bahasa’ – Shiha Zikir

    Cinta tak kesampaian jadi inspirasi lagu

    Artis di bawah naungan Shiha Zikir Empire (SZE) ini meluahkan rasa syukur kerana single debutnya yang peribadi dan istimewa akhirnya dapat dikongsi dengan pendengar.

    Saya rasa bersyukur sangat kerana saya mempunyai minat yang mendalam terhadap melodi dan nyanyian sejak dulu lagi. Saya dah anggap nyanyian sebagai alat untuk saya bangkit daripada liku kehidupan.

    Lagu ‘Jalan Cinta’ ini menjadi satu titik tanda dan titik permulaan untuk saya masuk dalam dunia seni tanah air dan bergiat dengan lebih lagi selepas ini, Insya-Allah.

    Lagu ‘Jalan Cinta’ terbitan (SZE), berkisah tentang kisah cinta yang tidak kesampaian. Seseorang yang mencintai, memberi segalanya, namun takdir tidak memihak kepadanya.

    Lagu ini tentang seseorang yang mencintai sepenuh hatinya, tetapi akhirnya berpisah. Namun jauh di sudut hati, masih berharap dapat bersama semula.

    Lagu ini boleh dikaitkan dengan kisah-kisah berlainan setiap orang, namun untuk saya sendiri , cinta saya adalah ‘nyanyian’ dan telah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Cinta ini juga menjadi penyelamat saya daripada dibuli, anxiety dan juga segala ujian yang hampir mematahkan semangat saya sebelum ini.

    Shiha Zikir jadi tulang belakang

    Raes mendedahkan bahawa Shiha Zikir selaku pemilik syarikat SZE, bekerja keras untuk memastikan memperoleh hasil yang terbaik dalam pelancaran lagu pertamanya itu.

    Saya beri kepercayaan kepada Shiha Zikir dan SZE untuk mencari dan menentukan lagu yang sesuai dengan suara dan cara nyanyian saya.

    Bagi yang mengenali Shiha, penyanyi itu sememangnya kelihatan ceria dan mudah didekati.

    MENARIK:  Anak Kecewa Bapa Guna Duit Elaun Belajar & Gaji Ibu Bagi Dekat Peyondol – ’Kalau Cerai Siapa Nak Hantar Ibu Kerja, Adik-Adik Kecil Lagi’

    Namun begitu, apabila melibatkan proses pemilihan lagu, Shiha menunjukkan sisi berbeza dirinya iaitu lebih serius serta teliti bagi memastikan setiap hasil kerjanya mencapai tahap terbaik.

    Setelah itu, saya diberi waktu untuk mendengar dan mengolah lagu itu mengikut cara saya sendiri di bawah bimbingan Shiha. Alhamdulillah lagu ini tidak mengambil masa yang lama untuk dirakam, sekitar 40 minit ke satu jam sahaja.

    Dalam pada itu, Raes juga mengambil peluang untuk berterima kasih kepada pihak SZE terutamanya Shiha kerana banyak membantu dan memberi peluang kepada dirinya.

    Saya berterima kasih kepada semua, terutamanya kepada piha SZE, Shiha Zikir, tiada ungkapan yang boleh diungkapkan lagi. Semuanya dilakukan dengan sehabis baik untuk membentuk seorang Raes Arifin

    Dari sekecil-kecil perkara hinggalah sebesar-besarnya, SZE sentiasa ada dan memberikan apa yang saya perlukan untuk menjadi seorang penyanyi.

    Akhir kata, Raes berharap ‘Jalan Cinta’ dapat diterima baik oleh pendengar dan menjadi lagu pilihan dalam playlist galau. Dia juga berharap karya ini membuka jalan untuk menembusi industri muzik tanah air serta mengeratkan lagi hubungan dengan peminatnya.

    The post Raes Arifin Lancar Single Sulung ‘Jalan Cinta’, Sasar Tembusi Industri Muzik Tanah Air first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah