28.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 30, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Puteri Sarah & Anak-Anak Meneruskan Tradisi Raya Di Rumah Mentua, Berancang Bercuti Di Penang Selepas Itu

    Shopee Sale



    Puteri Sarah

    Pelakon Puteri Sarah masih menjaga silaturahim dan hubungan baik dengan keluarga mentua meskipun sudah berpisah dengan bekas suami iaitu pengarah sensasi, Syamsul Yusof.

    Raya bercuti di Penang

    Puteri Sarah

    Ketika ditemui , Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin berkata dia dan dua orang anaknya akan meluangkan masa bersama keluarga mentua pada Hari Raya Aidilfitri ini.

    Tahun ini sebelum ini saya sibuk dengan penggambaran tapi kali ini saya sibuk dengan bisnes, pada Ramadan lalu saya nak kejar untuk bisnes.

    Macam biasa, saya tetap akan beraya dengan keluarga mentua saya. Lepas itu, kami akan beraya sekali dengan keluarga saya. Kami bercuti di Penang sebab kebetulan, mama saya pun dari sana.

    Jadi, kita sama-sama la ke sana. Insya-Allah esok atau lusa, kita akan ke sana. Anak-anak pun mesti nak holiday di Batu Feringhi.

    Dalam pada itu, Sarah berkata dia akan meneruskan tradisi beraya bersama keluarga mentua kerana tidak pernah menganggap mereka sebagai orang luar.

    Saya masih ikut tradisi beraya dengan mentua sebab saya tak pernah anggap mereka orang luar biarpun apa yang terjadi.

    Masih kekal silaturahim, malah saya shooting pula dengan bapa mentua sendiri. Shooting cerita polis, untuk Polis Peronda, drama bersiri 30 episod.

    Imbas kembali, Sarah pernah berkahwin dengan pengarah dan pelakon terkenal Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

    MENARIK:  Zahnita Wilson Dedah Mata Lebam Sebab Dipukul Suami, Sudah Jadi Mangsa Keganasan Rumah Tangga Selama 20 Tahun

    Pada 14 Jun tahun lalu, kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul akhirnya menemui tiktik noktah apabila mereka disahkan bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah