28 C
Kuala Lumpur
Saturday, October 17, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Puteri Aishah Mengaku Berat Badan Tak ‘Maintain’ Selepas Bersalin – ‘I Pun Ada Baju Yang Tak Muat Juga, Don’t Worry’

    Shopee Sale



    Pelakon Puteri Aishah kembali mencuri tumpuan ramai selepas sekian lama menyepi.

    Artikel  Berkaitan: [VIDEO] Puteri Aishah Hamil Anak Pertama, Umum Ketika Bercuti Bersama Suami Di Korea

    Kita enjoy sahaja

    Di Instagram, rata-rata netizen kagum melihat penampilan Puteri Aishah terutama selepas melahirkan cahaya mata setahun yang lalu. Menurut netizen, mereka ingin tahu rahsia Puteri Aishah boleh mengekalkan berat badan badan seperti normal.

    Jelas Puteri, dia turut mengalami perubahan fizikal selepas bersalin. Ujar Puteri, perkara itu biasa dan dia yakin setiap wanita mampu mendapatkan semula bentuk tubuh badan mereka sekiranya menjaga dengan baik.

    Siapa kata saya maintain? Saya pun ada baju tak muat dan terpaksa beli pakaian baru. Jangan risau ibu-ibu semua, sekejap sahaja kita berisi, nanti lagi setahun dua kita kurus balik okay? Sekarang ini kita enjoy sahaja dengan badan berisi sebelum kurus. Hehe! Anak-anak dan suami pun akan suka peluk, best apa?

    Tambah Puteri, dia menerima banyak pertanyaan di media sosial berhubung perkara itu.

    Saya tak diet. Saya makan secara sederhana. Saya jogging juga cuma tak selalu. Saya pakai pakaian warna hitam. Jadi mungkinlah nampak kurus.

    Sekadar info, Puteri Aishah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan iaitu Muhammad Firdaus pada November 2021. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Faliq.

    MENARIK:  [VIDEO] Harris Annuar Layan Isteri Mengidam Tengok Rambut Dicukur – ‘Saya Nak Dengar Bunyi Alat Pencukur ..’

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah