32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 12, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pusara Isteri Ditabur Garam Kasar, Ridzokumura Terkilan – ‘Hati Saya Hancur Tapi Lidah Kelu’

    Shopee Sale

    Usahawan Ridzuan Ridzokumura meluahkan rasa terkilan dan sedih apabila pusara arwah isterinya, Akiko, telah menjadi mangsa khianat individu tidak bertanggungjawab.

    Artikel Berkaitan: ‘Walaupun Hilang Anak Kesayangan, Mami Anggap Saya Macam Anak Sendiri’ – Ridzokumura

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ridzokumura Sebak Kongsi Cerita Kebaikan Arwah Akiko – ‘Setiap Hari Dia Pergi Dekat Kereta & Masukkan Duit’

    Kubur ditabur garam

    View this post on Instagram

    A post shared by RidzOkumura Salon (@ridzokumura)

    Ridzuan atau nama lengkapnya Abd Ridzuan Abdul Mutalib, 51, berkongsi pesanan ringkas dan gambar yang diterima daripada penjaga kubur.

    Menurut penjaga tersebut, terdapat individu yang telah menabur garam kasar di atas rumput di pusara arwah isterinya.

    Tindakan tersebut dipercayai bertujuan untuk mematikan kesuburan rumput.

    Ridzuan menerusi ruangan kapsyen menyifatkan tindakan tersebut sebagai sesuatu yang tidak berperikemanusiaan.

    Saya terdiam lama. Saya tidak tahu apa salahnya kubur itu, apa dosanya rumput-rumput yang tumbuh hijau dan subur. 

    Mengapa ada hati yang begitu busuk, sanggup menyimpan dendam hingga ke tanah persemadian orang yang telah tiada.

    Meskipun berang dan kecewa dengan perbuatan khianat tersebut, namun Ridzuan berlapang dada dan menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

    Saya benar-benar tidak faham. Bagaimana seseorang boleh sanggup melakukan perbuatan seperti itu.

    Hati saya hancur, tetapi lidah saya kelu. Ya Allah..Saya sendiri tidak tahu doa apa yang patut saya panjatkan. Maka saya serahkan segalanya kepada-Mu.

    Engkau lebih mengetahui niat mereka, Engkau lebih adil dalam setiap pembalasan.

    Jika mereka tersasar, berilah mereka petunjuk. Jika mereka zalim, maka cukuplah keadilan-Mu sebagai jawapan.

    Sumber: Instagram Ridzokumura

    MENARIK:  Norman Hakim Terharu Marissa Kongsi Rezeki Belanja Keluarga ‘Dinner’, Komen Fazura ‘Lovenya Keluarga Ni’ Curi Tumpuan!

    The post Pusara Isteri Ditabur Garam Kasar, Ridzokumura Terkilan – ‘Hati Saya Hancur Tapi Lidah Kelu’ first appeared on OHBULAN!.



    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah