31.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, August 19, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Prosiding Pengesahan Pernikahan Aslam & Marissa Ditangguh

    Shopee Sale



    Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menangguh prosiding pengesahan pernikahan pasangan sensasi, Ahmad Aslam dan Marissa Dania ke satu tarikh yang ditetapkan.

    Tangguh prosiding

    Menurut Aslam, 25, prosiding tersebut ditunda susulan ada masalah teknikal dalam beberapa dokumen berkaitan.

    Ada masalah sedikit berkenaan permohonan borang pengesahan pernikahan di luar negara, jadi kami diminta untuk mengemas kini maklumat peribadi dan datang semula pada tarikh lain.

    Saya tak boleh ulas dengan lebih terperinci kerana menghormati prosedur mahkamah. Kalau ada apa-apa mungkin peguam saya boleh jawab.

    Borang itu sudah lama kami serahkan kepada peguam. Semuanya akan diuruskan pihak peguam.

    Aslam hadir di mahkamah bersama isterinya, Marissa dengan ditemani peguam syarie dilantik, Muhammad Ammar Yaser Ahmad Nazri.

    MENARIK:  [VIDEO] Shuib Sudah Dapat Nombor Telefon & Alamat Terkini CEO Helmie – ‘Saya Harap Dia Boleh Tidur Nyenyak’

    Kata Ammar, mahkamah akan menyelidik dan membuat siasatan terlebih dahulu.

    Mahkamah menangguhkan prosiding hari ini sebab ini kali pertama kami hadir.

    Akan datang siasatan akan disambung. Bila tarikhnya, saya dimaklumkan anak guam untuk tidak memaklumkan.

    Terdahulu, nama Marissa menjadi bualan ramai selepas bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.

    Pasangan terbabit dikatakan mendirikan rumah tangga tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam iaitu Misya Mazlan yang ketika itu sedang menunaikan umrah.

    Pernikahan tersebut juga berlangsung tanpa pengetahuan keluarga Marissa, termasuk ibu dan bapanya iaitu pelakon, Norman Hakim dan Abby Abadi.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah