32.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, August 6, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Jangan Menghina dan Berdoa dengan Buruk, Jangan Menghalang Rezeki Orang Lain – Razman Razmi

    Shopee Sale



    Sebagai pereka suit dan texido yang selalu bekerjasama dengan Aliff Aziz, Razman Razmi berharap penyanyi kelahiran Singapura itu dan isterinya, Bella Astillah tabah menghadapi ujian yang melanda kali ini.

    Semoga Allah pelihara kalian

    Menerusi posting di Instagram Story Razman Razmi, mereka berdoa agar Aliff dan Bella sentiasa berada di bawah lindungan dan peliharaan Allah.

    Kalian berdua, jangan putus harapan. Kami doakan kalian tabah hadapi ujian kali ini.

    Di samping itu, Razman Razmi turut meninggalkan pesanan buat netizen agar jangan berhenti berdoa perkara yang baik buat pasangan itu.

    Di bulan baik ini, marilah kita pohonkan kepada Allah. Hari ini mereka diuji lagi. Ini masa fasa sedih mereka. Satu masa nanti, akan ada ujian untuk kita pula. Berhenti menghina dan mendoakan yang tidak baik. Jangan hentikan rezeki sesiapa pun.

    Terdahulu, media melaporkan pasangan selebriti telah ditangkap bersekedudukan di sebuah kondominium mewah yang terletak di ibu kota.

    MENARIK:  [VIDEO] Suami Izinkan ‘Main’ Dengan Lelaki Lain, Isteri Anggap Untuk Puaskan Nafsu Diri Sendiri – ‘Kami Ada Perjanjian’

    Adik kepada Bella iaitu Didi Astillah mengesahkan individu yang dicekup oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) itu adalah abang iparnya, Aliff.

    Aliff dan Ruhanies dilaporan sudah dibebaskan dengan jaminan sementara kira-kira jam 2 petang di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sementara menanti pendakwaan pada satu tarikh lain (masa terdekat).

    Berikutan daripada kontroversi yang berlaku, Bella nekad memfailkan perceraian terhadap suaminya.

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah