26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, July 29, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Amir Ahnaf Pernah Jadi Mangsa Buli, Mahu Beri Kesedaran Menerusi Lakonan – ‘Semoga Mereka Tahu Perbuatan Membuli Itu Salah’

    Shopee Sale



    Pelakon yang sedang meningkat naik, Amir Ahnaf tidak bersetuju jika ada pihak yang menganggap lakonannya menerusi filem ‘Kahar: Kapla High Council’ menggalakkan lagi gejala buli dalam kalangan pelajar sekolah.

    Nak bagi kesedaran

    Sebaliknya, pemilik nama Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin ini berharap lakonannya menerusi filem tersebut mampu memberikan kesedaran terhadap masyarakat tentang bahayanya aktiviti tidak bermoral itu.

    Jadi kita sekarang kita mengharapkan dapat sebarkan kesedaran menerusi filem, dengan cara itulah orang akan beringat bahawa cara yang dilakukan itu salah.

    Tuhan tak ajar kita dengan keganasan. Tuhan ajar kita dengan kebaikan. Kebaikan sebenarnya adalah cara yang sangat indah.

    Salah satu cara lagi adalah kita dekat luar tegur orang dengan cara yang baik.

    Amir berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis Wrap Party Kahar Kapla High Council bertempat di Six In The City, Petaling Jaya pada malam Rabu.

    Ketika ditanya adakah dirinya mempunyai pengalaman dibuli, pelakon berusia 24 tahun memaklumkan dia pernah menjadi mangsa buli sewaktu belajar di sekolah berasrama penuh dulu.

    Menurut Amir, peristiwa tersebut telah meninggalkan kesan yang begitu mendalam sehingga membuatkan dirinya menjadi trauma.

    Sebenarnya saya juga merupakan mangsa buli, pernah dibuli dan kena ragging. Apa yang saya boleh katakan, pengalaman lepas itulah yang membentuk diri saya yang sekarang ini.

    Kalau tak ada perkara yang lepas itu, mungkin sekarang saya tidak begini. Boleh bayang tak benda itu boleh meninggalkan trauma sampai sekarang.

    Walau bagaimanapun, Amir bersyukur kerana peristiwa itu telah membantunya untuk mengatasi trauma dan lebih mengenali diri sendiri.

    Alhamdulillah, sekarang tidak. Saya dapat atasi trauma saya dan salah satunya kita lebih mengenali diri kita sendiri.

    Mungkin ketika itu saya budak budak lagi dan berasa takut.

    Kalau dibiarkan ketakutan itu kawal diri kita, kita akan kehilangan diri sendiri dan arah tuju.

    Kalau saya sendiri orang yang pernah kena buli, tak hadapi trauma saya dengan betul, saya akan turunkan trauma dekat anak saya.

    Dan anak pula akan turunkan pada cucu dan generasi yang seterusnya.

    MENARIK:  Dalam Sibuk Kemas Rumah, Ramai Tak Sedar ‘Benda’ Ini Paling Bernilai! Iklan Raya IJM Land Ini Relate Habis

    The following two tabs change content below.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah