27.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, November 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Poster Filem Takdir Terakhir Dikritik, Wendy Wong Nafi Sengaja Cetus Kontroversi – ‘Saya Tak Buat Gimik!’

    Shopee Sale

    Penerbit dan pengarah, Wendy Wong tampil menjelaskan isu poster teaser Takdir Terakhir: Last Dive yang mengundang kritikan ramai baru-baru ini.

    Artikel Berkaitan: Dinie Rashid Alami Kemurungan Selepas Kehilangan Dua Sahabat Baik – ‘Saya Tak Keluar Bilik’

    Artikel Berkaitan: Arfie Shah Jadikan Amir Ahnaf & Zarif Ghazzi Inspirasi

    Saya tidak marah

    Ketika ditemui , Wendy atau nama sebenarnya Wani Wendy Wong Abdullah berkata, poster tersebut merupakan hasil pertandingan melibatkan pelajar institusi pendidikan.

    Menurutnya, jumlah penyertaan yang diterima tidak begitu memberangsangkan sehingga pihak produksi terpaksa memilih rekaan yang sedia ada.

    Saya tidak marah pun kerana apa yang mereka katakan memang betul dan poster itu sememangnya kurang menarik. Tetapi, mereka tidak faham bahawa poster tersebut merupakan hasil rekaan pelajar.

    Sebenarnya, kita sudah lama bekerjasama dengan pihak sekolah dan UiTM dengan menguar-uarkan pertandingan melibatkan pelajar untuk menghasilkan poster, tajuk dan lagu.

    Tetapi, jumlah penyertaan yang diterima tidak ramai. Jadi, kita terpaksa memilih daripada hasil yang ada kerana itu sahaja pilihan yang tersedia.

    Wendy berkongsi perkara itu ketika ditemui dalam sidang media filem Takdir Terakhir: Last Dive di World Trade Centre, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Mengulas lanjut mengenai kritikan yang diterima, pengarah itu mengakui sedikit terkilan apabila poster berkenaan mengundang tanggapan negatif sebelum filem tersebut ditayangkan.

    Bagaimanapun, dia memilih untuk memahami situasi berkenaan dan tidak mahu terlalu memikirkan komen yang diberikan.

    Memang saya rasa sedih untuk tempoh yang singkat kerana mereka sudah memberikan kritikan sedangkan belum menonton. Saya tidak mengatakan filem saya bagus, tetapi selepas menonton barulah boleh memberikan komen.

    Saya faham mungkin mereka tidak tahu dan tersalah cakap, jadi saya maafkan. Saya tidak ambil hati atau marah kerana jika saya tidak tahu pun, mungkin saya juga akan memberikan komen yang sama. Jadi, insya-Allah sekarang mereka sudah faham.

    Dalam pada itu, Wendy turut menafikan dakwaan bahawa penggunaan poster teaser tersebut merupakan sebahagian daripada gimik bagi meraih perhatian umum.

    MENARIK:  [VIDEO] Fazley Yaakob Terima Teguran PU Syed, Akui Tak Mudah Nak Terus Kahwin – ‘Saya Anggap Komen Itu Sebagai Caranya Jalankan Tanggungjawab’

    Tambahnya, poster rasmi terbaharu dihasilkan sendiri oleh pasukan produksi tanpa menggunakan teknologi AI, sebaliknya menerusi lakonan sebenar.

    Saya tak buat gimik dan langsung tidak tahu perkara itu akan berlaku. Gimik boleh merosakkan imej dan filem. Secara jujurnya, masa itu saya agak sedih, tetapi selepas itu pereka poster saya kata perkara ini bagus untuk promosi filem.

    Saya pula berpendapat ia boleh merosakkan filem kerana orang ramai akan terus bercakap mengenainya. Jadi, insya-Allah kita boleh pulihkan perkara itu.

    Poster terkini sebenarnya kita reka sendiri sebab tidak dapat hasil yang kita nak. Kita cuba beri peluang, ada yang menggunakan AI dan sebagainya, tetapi poster kita tidak menggunakan AI.

    Walaupun nampak air dan penyu yang tersangkut itu, semuanya adalah lakonan sebenar. Kita tidak menggunakan AI, kita menggunakan artis khas untuk menjayakan babak itu.

    Sekadar info, filem Takdir Terakhir: Last Dive mengangkat tema pemuliharaan hidupan marin serta membawa mesej bahawa kekurangan fizikal bukan penghalang buat golongan OKU untuk melakukan aktiviti selam skuba.

    Filem terbitan Syarikat Produksi Seni Duapuluh Duapuluh Sdn. Bhd. ini menampilkan barisan pelakon seperti Aniq Durar, Shiqin Kamal, Amerul Affendi, Fify Azmi, Sandra Lim dan Fauziah Latiff serta bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 3 Disember 2026.

    The post Poster Filem Takdir Terakhir Dikritik, Wendy Wong Nafi Sengaja Cetus Kontroversi – ‘Saya Tak Buat Gimik!’ first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah