28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 22, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Polis Tahan Empat Individu Termasuk Ibu Bapa Mentua Prince Syed

    Shopee Sale

    Empat individu termasuk ibu bapa mentua pempengaruh media sosial, Prince Syed ditahan polis selepas berlaku perselisihan faham di kawasan perumahan Taman Bertih Laut, Teluk Pulai, pada Ahad.

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kakak Nafi Dakwaan Prince Syed Halang Mentua Jumpa Adik Ipar – ‘Kisah Sebenar Hanya Allah Tahu’

    Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Potong Perut Anak Saya’ – Ibu Mentua Dakwa Prince Syed Jadikan Isteri ‘Tikus Makmal’

    Ibu bapa mentua Prince Syed ditahan polis

    Memetik laporan Berita Harian, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan iaitu Superintendan Kamalariffin Aman Shah, berkata kesemua yang ditahan terdiri daripada tiga lelaki dan seorang wanita berusia antara 22 hingga 59 tahun.

    Penahanan dilakukan selepas pihak polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 33 tahun yang mendakwa kejadian berlaku pada jam 2.40 petang Ahad.

    Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 324 dan 427 Kanun Keseksaan.

    Pegawai penyiasat kini sedang melengkapkan siasatan sebelum kertas siasatan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat.

    Berikutan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi IPD Klang Selatan di talian 03-3376 2222 bagi membantu siasatan.

    MENARIK:  [VIDEO] ‘Asyraf Khalid Kenalkan Saya Dengan Hawa Rizwana’ – Boss James

    Terdahulu, Prince Syed atau nama sebenarnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 33, mendakwa empat individu dikenalinya datang menyerang dan memukul kepalanya dengan topi keledar selain menumbuk mukanya.

    Sumber: Berita Harian

    The post Polis Tahan Empat Individu Termasuk Ibu Bapa Mentua Prince Syed first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah