Baru-baru ini, usahawan dan personaliti media sosial, Datuk Red menyambut ulang tahun kelahirannya bersama anak-anak tercinta.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Datuk Red Luang Masa Dengan Anak, Sempat Beli Hadiah Untuk Adira – ‘Ya Allah, Lindungilah Bidadariku’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kadang Malu Sebab Selalu Jadi Sosok Yang Mengecewakan’ – Datuk Red
Sambutan hari lahir
Menerusi perkongsian di TikTok, kelihatan anak-anak Datuk Red membuat kejutan dengan membawa kek dan makanan ke rumah usahawan itu bagi meraikan hari lahirnya.
Di ruangan kapsyen, Datuk Red atau nama sebenarnya Adnan Abu meluahkan rasa terharu dengan kejutan tersebut.
Terima kasih anak-anak papa, tahun ni papa paling takut hari lahir papa. Sehingga papa bawa diri menyorok.
Papa tak dapat ucapan hari lahir tapi malam tadi awak semua hadir, cukup terharu.
Bukan kek dan makanan yang dibawa tapi hadirnya kamu semua cukup mengembirakan papa.
Dalam masa yang sama, Datuk Red mengakui kekhilafannya sebelum ini, namun dia sama sekali tidak pernah melupakan setiap cahaya matanya.
Nak, papa seorang yang gagal menjadi bapa. Tak boleh bagi kemewahan dan papa gagal kumpulkan awak semua sebumbung.
Tapi papa perhati awak semua dari jauh, papa terasa bila kalian dipeluki orang lain. Tapi papa reda.
Sementara itu, Datuk Red juga menitipkan pesanan kepada anak-anaknya supaya menghormati ibu mereka dan sentiasa menyayanginya.
Ingat pesan papa, sayang dan hormati ibu-ibu mu. Jika ibu mu bahagia, kalian kena bahagia. Papa ada je di sini, jika papa tiada jodoh papa boleh je duduk seorang, pasal papa ada tujuan lain.
Ingat anak-anakku jika dewasa nanti jumpa papa jangan malu untuk cium tangan orang tua ni. Papa sayang awak semua.
Sumber: Datuk Red
The post [VIDEO] Datuk Red Terharu Terima Kejutan Daripada Anak-Anak, Rai Hari Lahir Bersama – ‘Papa Perhati Awak Semua Dari Jauh’ first appeared on OHBULAN!.















