Ramai antara kita pernah bangun pagi dengan rasa sakit di bahagian tengkuk dan bahu, seolah-olah waktu tidur semalam tidak memberi rehat yang secukupnya.
Artikel Berkaitan: Sukar Tidur Malam? Cuba Refleksologi Untuk Rehat Yang Lebih Berkualiti
Artikel Berkaitan: Tips Memilih Sabun Badan Mengikut Jenis Kulit
Bantal adalah keperluan tubuh

Keadaan ini sering dianggap perkara biasa, sedangkan salah satu punca utama terhadap masalah ini ialah dari segi penggunaan bantal yang tidak sesuai.
Menurut laporan daripada Cleveland Clinic, individu yang menggunakan bantal yang sesuai dengan keperluan tubuh akan berasa lebih segar dan selesa apabila bangun pada waktu pagi.
Namun begitu, masih ramai yang memandang ringan tentang kepentingan posisi tidur serta pemilihan bantal yang betul.
Hakikatnya, cara tidur yang salah dan bantal yang tidak mampu menyokong struktur leher dengan baik turut menjadi penyumbang kepada rasa sakit di bahagian tengkuk dan bahu serta pinggang.
Tanpa sebarang perubahan yang boleh dilakukan, tekanan yang berterusan ini boleh meningkatkan risiko kecederaan pada tulang belakang badan.
Antara prinsip utama dalam pemilihan bantal ialah dengan memastikan bahagian leher berada dalam keadaan lurus dan sejajar dengan tulang belakang ketika berbaring.
Bantal yang terlalu tinggi atau rendah akan menyebabkan kepala berada dalam kedudukan tidak seimbang, lalu memaksa otot leher bekerja dalam keadaan tegang sepanjang malam.
Keadaan ini lebih ketara dalam kalangan individu yang gemar tidur mengiring dengan posisi kepala yang senget.
Jenis bantal

Dari segi pemilihan bantal, penggunaan bantal yang mengikut bentuk semula jadi kepala dan leher seperti jenis yang berlekuk mampu mengekalkan posisi tidur yang stabil serta memberikan sokongan yang optimum.
Begitu juga dengan bantal berbusa getah yang terkenal dengan keupayaannya dalam menyokong leher serta memberikan keselesaan yang lebih sejuk pada waktu malam.
Sebaliknya, bantal berisi bulu juga mudah menjadi leper selepas tempoh penggunaan tertentu, sekali gus gagal menyokong leher dan menyebabkan rasa sakit serta lenguh ketika bangun tidur.
Dalam keadaan tertentu, penggunaan lebih daripada satu bantal turut menyokong postur tubuh yang lebih stabil, terutamanya bagi individu yang kerap bergerak ketika tidur atau wanita hamil, kerana ianya mampu mengurangkan tekanan pada bahagian belakang badan.
Akhir sekali, keserasian antara bantal dan tilam memainkan peranan penting dalam keselesaan tidur.
Tilam yang lembut memerlukan bantal lebih nipis kerana bahagian bahu akan tenggelam, manakala tilam keras memerlukan bantal yang padat untuk memastikan bahu dan belakang badan kekal selesa dan seimbang.
Sumber: Hello Doktor
The post Pilih Bantal Yang Tepat Untuk Elak Bahu Lenguh & Sakit Tengkuk first appeared on OHBULAN!.





