28 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 16, 2026
IKLANShopee SaleShopee Sale
More

    Artikel Terkini

    Pihak Pasar Raya Sudah Mohon Maaf, Suami Wanita Hamil Dituduh Mencuri Tetap Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang

    Shopee Sale

    Suami kepada wanita hamil yang didakwa mencuri barangan di sebuah pasar raya menegaskan dia tetap akan mengambil tindakan undang-undang meskipun pihak premis sudah mengeluarkan permohonan maaf.

    Artikel Berkaitan: Azab 30 Minit Tangan Tersepit Di Escalator, Ibu Bapa Tolong Pantau Aktiviti Anak Di Pasaraya!

    Teruskan tindakan undang-undang

    Menerusi hantaran di Threads, lelaki yang dikenali sebagai Fareez Shah berkata, permohonan maaf semata-mata tidak mampu memulihkan kerosakan reputasi serta trauma yang dialami isterinya susulan insiden tersebut.

    Permohonan maaf tanpa ketelusan tidak boleh mengawal kerosakan yang telah berlaku. Isu ini bukan lagi hanya mengenai tuduhan palsu.

    Isu ini melibatkan kecuaian, penghinaan, serta apa yang dilihat sebagai satu pelanggaran serius terhadap privasi pelanggan.

    Kami akan terus membawa perkara ini melalui setiap saluran perundangan yang sewajarnya sehingga setiap individu yang bertanggungjawab dipertanggungjawabkan sepenuhnya. Kamu semua akan menyesali perbuatan ini.

    Dalam hantaran sama, Fareez turut mempersoalkan bagaimana rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari dalam premis tersebut boleh tersebar di media sosial sehingga mengaibkan isterinya.

    Rakaman CCTV dari dalam premis anda tidak mungkin tiba-tiba muncul di media sosial dengan sendirinya. Siapa yang membocorkannya? Adakah pihak pasar raya telah mengenal pasti individu yang bertanggungjawab?

    Adakah sebarang tindakan tatatertib telah diambil berhubung pelanggaran privasi pelanggan yang jelas berlaku ini? Atau adakah privasi pelanggan hanya dianggap penting apabila melibatkan kakitangan anda?

    Kenyataan anda menyebut bahawa siasatan telah selesai dijalankan. Jadi, jawablah persoalan-persoalan ini, bukannya terus mengelak daripada memberikan penjelasan.

    Terdahulu, tular di media sosial kisah seorang wanita yang sedang hamil 38 minggu didakwa mencuri oleh seorang pekerja di sebuah pasar raya.

    MENARIK:  ‘Lagu Ini Bukan Rekaan, Kisah Benar Hidup Mas Idayu’ – Farez Adnan

    Menurut dakwaan, pekerja terbabit dikatakan mendakwa perut wanita berkenaan yang kelihatan buncit bukan disebabkan kehamilan, sebaliknya kerana dipercayai menyembunyikan barangan yang dicuri.

    Lebih mengecewakan, pekerja itu turut didakwa meminta wanita berkenaan menunjukkan buku rekod kehamilan atau ‘buku pink’ sebagai bukti bahawa dia benar-benar sedang sarat mengandung.

    Berang dengan layanan diterima isterinya, Fareez kemudian mendedahkan kejadian tersebut di media sosial sehingga mengundang perhatian ramai dan mencetuskan pelbagai reaksi.

    Beberapa hari kemudian, pihak pasar raya tampil mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka atas insiden berkenaan. Mereka turut memaklumkan bahawa siasatan dalaman telah dijalankan serta pihak pengurusan sudah menghubungi pasangan terbabit bagi menyelesaikan isu tersebut.

    Sumber: Threads

    The post Pihak Pasar Raya Sudah Mohon Maaf, Suami Wanita Hamil Dituduh Mencuri Tetap Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang first appeared on OHBULAN!.

    Latest Posts

    IKLANShopee Sale

    Mesti Baca

    Follow Facebook Portal Barang Murah